Info Semasa

Hanya tinggal isteri yang juga berpenyaklt diharapkan menyara dan menjaga suami krltikal buah pinggang.

JERTIH: ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’.

Itu peribahasa yang tepat menggambarkan peng0rbanan seorang isteri tanpa hemp3du, menjaga suaminya yang tidak dapat bergerak, akibat buah pinggang tidak berfungsi.

Maziana Muhammad, 47, dari Kampung Hutang Nangka, Hulu Besut, Jertih, juga menjaga ibunya, Azizah Zainal, 80, yang lumpuh separuh badan dan seorang anak istimewa.

Katanya, suami Nik Ismadi Nik Ab Rashid, 49, yang pernah bertugas sebagai Penolong Jurutera di Jabatan Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA), terp4ksa berbaring di atas katil sejak tujuh tahun lalu.

“Suami dis4hkan mengh!dap penyak!t buah pinggang sejak 2015, tetapi d0ktor mula mengesahkan buah pinggang gagaI berfungsi 100 peratus, pada tahun 2017.

“Suami hanya menghabiskan masa dengan berbaring dan tidak mampu bergerak tanpa bantuan saya dan jiran sejak 2017,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Turut menziarahi Maziana dan suami serta anak-anak ialah Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad.

Maziana berkata, pergerakannya juga terbatas susulan terp4ksa menjalani kehidupan tanpa hemp3du, sejak enam tahun lalu.

Katanya, dia sudah tiga kali menjalani pembed4han membuang batu di dalam hempedu di H0spital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada tahun 2016.

“Selain menjaga suami dan ibu, seorang daripada lima anak iaitu Nik Isma Amira, 22, dikateg0rikan sebagai anak istimewa,” katanya yang menjelaskan suaminya menerima pencen kira-kira RM1,700 sebulan.

Selain Nik Isma Amira, Maziana dan Nik Ismadi juga dikurniakan empat lagi anak iaitu Nik Isma Amirul, 23, Nik Isma Emalin, 20, Nik Isma Afizul, 19 dan Nik Isma Airis Kirana, 12.

Maziana berkata, beliau terp4ksa berbelanja lebih RM1,500 sebulan untuk membeli cecair memb4smi kum4n, tisu basah dan kering, cecair pembersih tangan, lampin pakai buang dewasa, sarung tangan, susu kesihatan dan kos rawatan.

“Duit pencen suami berjumlah RM1,700 sebulan digunakan sepenuhnya untuk membeli peralatan pervbatan suami, selain makan minum keluarga.

“Saya bercadang untuk bekerja di warung bagi meringankan pendapatan, tetapi jika saya bekerja tiada siapa yang nak jaga suami, terutama mencuci kakinya yang luka selain menyediakan makan minumnya,” katanya.

Maziana berkata, mereka turut mendapat bantuan, makanan harian daripada jiran.

Sementara itu, Nawi berkata, kesempltan hidup keluarga itu akan dimaklumkan Majlis Agama IsIam dan Adat Melayu (MAIDAM).

“Kita akan berusaha bagi membantu meringankan bebanan Maziana dan suami serta anak-anak,” katanya.

Sumber : bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *