Info

‘Jadi apa-apa sendiri tanggung ‘.Samural paint akhirnya bersuara mengenai isu “merpati pelangi”.

Baru-baru ini tular mengenai kisah seorang individu yang did4kwa menjalankan aktiviti perniagaan menjual burung merpati ‘pelangi’.

‘Pelangi’ yang dimaksudkan adalah corak bulu pada badan burung tersebut yang diwarnakan dengan penyembur cat beraneka warna.

 

Perniagaan ‘unik’ tersebut turut dilap0rkan oleh Bernama beberapa hari lepas, namun terdapat pelbagai maklum balas berbeza timbul daripada kalangan warganet.

Difahamkan, ada yang memuji peniaga itu dengan mend4kwa ia adalah sesuatu yang kreatif, namun ada juga yang berpendapat ‘sebaliknya’.

‘Kami tak sokong atau benarkan produk kami disaIahguna’

Terbaharu, kisah merpati pelangi tersebut tular hingga sampai ke pengetahuan salah sebuah syarikat pengeluar cat di negara ini, iaitu Samural 2K Aer0sol.

Bagaimanapun syarikat tersebut did4kwa tidak menyokong perbuatan individu tersebut, malah jauh sekali membenarkan produknya disaIahgunakan.

“Penafian. Kami di Samurai 2K Aer0sol TIDAK sama sekali menyokong atau membenarkan produk-produk keluaran kami digunakan ke atas haiwan-haiwan, tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.

“Pihak Samurai juga tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa yang terjadi disebabkan penyaIahgunaan yang melibatkan produk kami, terutamanya jika digunakan ke atas haiwan-haiwan.

“Pihak Samurai memohon agar pengguna-pengguna mengambil tanggungjawab untuk melindungi dan menjaga kebajikan haiwan-haiwan ini bersama-sama,” maklum syarikat tersebut dalam satu kenyataan semalam.

Admin sarankan cuba pakcik tu tukar gunakan pewarna yang tiada bahan kimia macam pewarna makanan ni. Bulu burung tu pun jadi wangi sekali.hehehe

Sumber : Samurai Paint Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *