Info

Yang ada tanam kat kawasan perumahan tu jaga-jaga lah ye. Tak pasal-pasal kena nanti

Gambar sekadar hiasan

Semua orang tahu harga buah durian bukanlah murah lagi-lagi durian bergred tinggi dan kacukan yang mempunyai rasa dan tekstur yang lebih enak dan menarik berbanding durian kampung.

Disebabkan harga durian selalu dimainkan oleh peniaga, ada sesetengah masyarakat yang mengambil inisiatif dengan menanam pokok durian sendiri di kawasan kebun dan sekitar kawasan perumahan.

Memang bagus tak payah beli, bila musim boleh makan puas-puas, tetapi untuk kawasan perumahan seperti taman janganlah korang bedaI pergi tanam. Bila pokok dah besar dan berbuah, risau pula buah jatvh kena kepala nanti. Rumah kampung tak apalah kan.

ipoh: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberi am4ran supaya agar orang ramai tidak menanam pokok durian di dalam kawasan perumahan di bandar raya ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ia meIanggar garis panduan yang ditetapkan dan boleh dikenakan tindakan.

“Kita ada garis panduan, mereka yang meIanggarnya kita akan mengambil t!ndakan. Jadi, pokok-pokok besar macam durian memang tidak boleh ditanam di dalam kawasan perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan Hari Tanpa Kereta Ipoh di Jalan Sultan Abdul Jalil di sini hari ini.

Rumaizi berkata, hanya tanaman jenis kontan sahaja dibenarkan ditanam di kawasan itu.

Sementara itu, berkenaan program Hari Tanpa Kereta hari ini Rumaizi berkata, seramai kira-kira 500 pengunjung hadir dengan pihaknya memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi.

sumber : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *