Dunia Info

“kaya macam sultan” Selamba bagi pembantu rumah rm29 ribu sebagai hadiah kerana setia selama bertahun-tahun.

Di Indonesia, pasangan selebriti Raffi Ahmad, 35, dan Nagita Slavina, 34, diberi julukan sebagai pasangan ‘sultan’.

Hal ini kerana, masing-masing mempunyai kekayaan luar biasa yang mungkin tidak dapat dicapai oleh pemikiran individu biasa.

Menerusi saluran Youtube Rans Entertainment, pembantu Raffi yang juga menguruskan kewangan mereka mended4hkan yang Raffi memiliki kekayaan yang sangat banyak, sehingga mampu membeli aset yang sangat besar dan mahal.

Sungguhpun tidak memberitahu jumlah kekayaan majikannya, namun, pembantu Raffi menjelaskan yang kekayaan Raffi membolehkan pelakon berkenaan membeli Pulau Madura dan satu kawasan perumahan Andra iaitu kediaman mewahnya.

Walaupun kekayaan Raffi secara pribadi sangatlah banyak, namun pembantunya itu memberitahu yang lelaki itu juga rajin melabur dan membuat pinjaman di bank.

Bahkan, rumah yang didiaminya juga dibayar secara ansuran. Bukan tidak mampu untuk membeli secara tunai, Raffi menegaskan yang bayaran secara ansuran memberikannya motivasi untuk tetap bersemangat mencari rezeki untuk keluarganya.

“Sebenarnya duitnya biasa-biasa sahaja. Kenapa saya bayar ansuran, sebab ingin memotivasikan diri. Bukannya tidak mahu beli cash.

Saya beli sesuatu itu bayar secara ansuran supaya ada motivasinya buat, ‘Oh saya punya tanggungan, (bayar) dulu ya’.

“Katakan sekarang saya ingin hidup lebih santai, jadi kalau ada duit, boleh bayar penuh,” ujar Raffi.

Kekayaan Nagita

Tidak hanya Raffi, mungkin orang ramai turut ingin mengetahui kekayaan Nagita secara peribadi. Pembantu Nagita yang menguruskan kewangannya juga mendedahkan yang majikannya itu mampu membeli sebuah kawasan perumahan seperti suaminya dan juga sebuah gedung beli-belah.

Begitupun, Nagita menoIak pendedahan tersebut dan mengatakan kekayaannya dan Raffi jauh berbeza, bak langit dan bumi.

Sumber pendapatan

Menerusi saluran Youtube Rans Entertainment, Raffi Ahmad memberitahu yang sumber kewangan mereka datang dari penglibatan mereka di acara televisyen.

Sementara itu, keuntungan daripada Youtube Rans Entertainment pula dimasukkan ke dalam akaun syarikat milik mereka.

Sungguhpun masing-masing memiliki punca pendapatan yang lumayan, Raffi sebagai ketua keluarga tidak pernah lupa untuk memberi nafkah buat isterinya setiap bulan.

“Kalau pendapatan daripada TV milik Gigi akan masuk ke akaun Gigi, begitu juga saya. Tapi ada kewajipan lain yang harus saya uruskan untuk Gigi, seperti keperluan-keperluan rumah tangga,” ungkap Raffi.

Perbelanjaan

Berbeza soal mengelola kewangan masing-masing Raffi memberitahu yang cara perbelanjaan dia dan isterinya jauh berbeza.

 

Ujar Raffi, Nagita cenderung untuk lebih banyak ke berbelanja, sementara dirinya pula lebih cenderung ke arah pembelian hartanah,” katanya.

Raffi dan Nagita mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rafathar Malik Ahmad, 6, dan Rayyanza Malik Ahmad yang kini berusia dua bulan.

Terbaharu, Raffi telah mengejutkan pembantu rumah yang juga merupakan pengasuh anak sulungnya dari kecil. Wanita yang bernama Shela Marcella itu telah menerima wang hadiah bernilai 100 juta rupiah ataupun RM29’432.40 di dalam akaun bank yang dibuka majikannya itu untuknya.

Dalam video temubual Raffi bersama pembantu rumahnya itu, kelihatan dia menyuruh Shela membuka akaun bank agar memudahkan sebarang pembayaran ataupun urusan secara dalam talian. Lantas figura yang pernah terkenal dengan lagu Jangan Bilang Tidak itu memasukkan wang tersebut secara spontan ke dalam akaun bank pembantu rumahnya.

Shela atau lebih mesra dikenali sebagai Lala sudah menjadi pembantu Raffi dan Nagita sejak Rafathar berusia seminggu. Kredit foto: Instagram @shela_lala96

Shella dengan reaksi terkejut berkata, “MasyaAllah, betul ke 100 juta ni pak. Benar pak? Tidak terlalu banyak kosong ke ni?” Jawab Raffi, “Benar, kalau tak mahu, nak saya kurangkan ke?”

Menenangkan Shela yang terkejut menerima pemberian majikannya itu, Raffi berkata, “Tenang saja, inikan apresiasi buat Lala kerana menjadi orang yang baik dan tulus.Mencari kesetiaan itu lebih sulit, sampai tak bercuti.”

Wang yang diberikan merupakan apresiasi Raffi kepada pembantu rumahnya itu yang telah setiap menjaga anak sulungnya sejak lahir lagi.

Bahkan dia juga turut membiayai pembelajaran Shela yang kini dalam masa yang sama melanjutkan pelajaran di Universiti Tanri Abeng dalam jurusan pengurusan.

Dia turut berjanji untuk menjaga pembantu rumahnya itu sampai tua, asalkan masih setia membantu menjaga anak-anaknya.

Selain bekerja sambil belajar, kalau nak tahu Shela memiliki lebih 1.6 juta pengikut di laman Instagramnya. Fuh! memang tahap social media inluencer dah ni.

Video:

 

Sumber : gempak / malaysiareporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *