Info

Bekas pemain no1 dunia Roslin Hashim dituntut rm67,345 oleh BAM

Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim mendedahkan dia pernah diminta untuk membayar sejumlah wang tunai sebagai ‘tebusan’ penarikan dirinya daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurut Roslin, dia diminta untuk membayar wang pampasan sebanyak RM67,345 kepada persatuan tersebut sebagai langkah untuk menangani isu penarikan dirinya.

Menerusi laman sosial Instagram, Roslin berkongsi keratan majalah yang tertera berita mengenai perkara itu untuk tatapan umum.

Jelasnya, dia berkongsi perkara tersebut sebagai satu teladan buat anak-anak bangsa mengenal erti peng0rbanan demi negara tercinta.

“Simpan sini buat tatapan anak cucu. Biar diorang tahu pengorbanan ayah/atoknya nak kejar cita-cita bukan mudah. Banyak rintangan yang harus ditempuh. Terima kasih semua yang support,” tulis Roslin di ruangan kapsyen.

Pada perkongsian tersebut, Roslin merasakan perkembangan di BAM terlalu perlahan dan berasa khuatir juga keadaan itu akan membuatkan mutu permainannya mer0sot.

Tambah Roslin lagi, dia bukan mahu menuduh BAM sebegitu pada waktu itu tetapi ia terbukti apabila ada beberapa lagi pemain perseorangan menunjukkan prestasi yang meningkat.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terus menerus memberikan sokongan pada anak kelahiran Kota Bharu Kelantan itu.

Minggu lalu, nama BAM terpalit kontr0versi apabila pemain peseorangan negara Lee Zii Jia meletakkan jawatannya sebagai pemain di bawah badan tersebut.

Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 ketika ini menghuni ranking ketujuh dunia menghantar surat peletakan jawatan kepada BAM pada 11 Januari lalu.

Sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *