Info

Rakyat golongan b40 tak dapat bantuan pembiayaan, tak kan kami pula nak kena pot0ng peruntukan rm150 juta tu. Itu memang kos perbelanjaan untuk pilihan raya

SHAH ALAM – Kos mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berjumlah RM150 juta tidak akan menjej4skan peruntukan pembangunan dan bantuan terhadap rakyat di negeri tersebut, kata Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Beliau berkata, isu tersebut tidak seharusnya berbangkit kerana kos untuk mengadakan pilihan raya itu sememangnya telah diperuntukkan mengikut und4ng-und4ng.

“Sebagai kerajaan yang sistematik dan mempunyai perancangan dan juga kedudukan yang tersusun dari segi pentadbirannya, telah diperuntukkan boleh sahaja diadakan antara tiga tahun sehingga sebelum tamat lima tahun.

“Kalau itu dah jadi Und4ng-Und4ng Tubuh (Kerajaan Johor), maka sesebuah kerajaan harus bersedia dengan peruntukan untuk mentadbir negeri dengan baik.

“Jadi soal RM150 juta itu bukanlah terp4ksa dik0rbankan perancangan pembangunan, bantuan terhadap golongan B40 tidak dapat pembiayaan dan sebagainya.Itu bukan cara sebuah kerajaan mentadbir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Dialog Tiga Penjuru bertajuk ‘PRN Johor: Dulu, Kini dan Apa Pula Selepas Ini?’ terbitan Astro Awani pada Khamis.

Dialog tersebut turut menampilkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat dan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin.

Mengulas lanjut, Hasni yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO berkata, perancangan dan penyusunan program yang baik dan teratur kepada rakyat memerlukan kepada sebuah kerajaan yang sempurna.

Katanya, kerajaan yang diwujudkan di negeri Johor juga perlu memiliki keabsahan yang boleh dilihat bukan sahaja oleh rakyat tetapi termasuk juga masyarakat antarabangsa.

“Sebuah kerajaan perlu ada majoriti atau sokongan 29 (56 kerusi) untuk ada satu majoriti yang mudah. Kurang daripada 29, kerajaan itu sudah tidak lagi sempurna, ia sudah tidak lagi mempunyai kedudukan yang lengkap dari sudut sama ada segi moral dan kewajaran.

“Ini adalah sesuatu yang tidak boleh berlaku di negeri Johor. Sebab itu PRN perlu diadakan untuk kita serah balik kepada rakyat dan mendapat mandat baharu untuk membolehkan kita bergerak ke hadapan,” ujarnya.

Pada 22 Januari, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada PRN di negeri tersebut dalam tempoh 60 hari.

Sumber : sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *