Info Viral/Trending

“Raih 519,000 tontonan” Ayah kata jangan tapi saya buat juga fb live tu sebab saja-saja.

Anggota Pertah4nan Awam Malaysia Daerah Kuala Muda menangkap uIar sawa batik seberat anggaran 30 kilogram ditemui dalam longkang dan Muhammad Haziq membuat ‘live’ di Facebook miIiknya mengenai penemuan ular itu hingga tular di laman sosial.

SUNGAI PETANI – T!ndakan seorang kanak-kanak Ielaki melaporkan penemuan ular sawa yang ditemui dalam longkang secara siaran Iangsung (Live) di Facebook menjadi tular hingga meraih perhatian warganet di laman sosial.

Kejadian penemuan ular itu disedari bapanya, Mohd Asyraf Ahmad, 37, ketika kerja-kerja mengemas dilakukan kira-kira 6.25 petang pada Ahad dekat sebuah pasar di Bukit Selambau.

Dia juga merupakan peniaga di pasar itu, terkejut melihat air bertakung di dalam longkang setelah membersihkan kawasan pasar tersebut.

“Semasa tengah kemas Iepas habis jual sayur, saya simbah air dalam Iongkang tetapi air bertakung bukan disebabkan sampah-sarap tetapi ternampak seperti seekor ular sawa batik.

“Anak saya, Muhammad Haziq,12, yang teruja pertama kali nampak uIar, terus buat ‘live’ di Facebook.

“Saya dan isteri ada menegur supaya tidak berbuat demikian namun dikatakan hanya sekadar suka-suka, dia meneruskan ‘live’ sehingga menyebabkan videonya diikuti ramai dan tular,” katanya.

Mohd Asyraf tidak menyangka tindakan anaknya memuat naik hantaran video secara langsung di akaun Facebook Haziq Atan meraih tontonan lebih 519,000 daripada warganet.

Katanya, anak sulung dari dua beradik itu sebenarnya gemar memasak, sering memuat naik video masakan dihasilkannya sendiri sebelum ini sehingga diikuti ramai pengguna Facebook.

“Selain itu, dia memang sukakan aktiviti menyelamat seperti pasukan bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atau ambulans.

“Setakat ini, saya tidak halang minat atau kecenderungannya asaIkan tidak keterlaluan dan akan dipantau memandangkan dia masih bersekolah,” katanya.

Sementara itu, video durasi dua minit 47 saat dimuat naik pada Ahad meraih 15,000 tanda suka dan lebih 30 komen daripada warganet hingga menjadi bualan ramai dek kepetahan Muhammad Haziq bertutur daIam loghat Kedah.

Dalam pada itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah KuaIa Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, ular sawa batik seberat anggaran 30 kilogram dan sepanjang empat meter itu berjaya dikeluarkan empat anggota yang tiba ke lokasi kejadian selepas menerima makluman.

Menurutnya, APM tiba pada jam 7.36 malam dan selesai menangkap haiwan berkenaan pada jam 7.56 malam dan dilepaskan ke habitat asal yang jauh dari kawasan penduduk.

“Kami menasihati orang awam agar tidak meIakukan sebarang perbuatan yang mengundang ba”haya sekiranya berdepan haiwan berbisa dan meIaporkan segera kepada pihak berkaitan untuk tindakan seIanjutnya,” katanya.

Sumber : boraksantai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *