Info

Akhirnya pihak PLUS akur dengan keses4kan yang berlaku di tol aklbat nak sangat gunakan RFid

PLUS hari ini mengumumkan mereka akan mengaktifkan kembali lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup di beberapa plaza tol dalam memberikan ruang kepada penggunaan RFID.

Susulan pelbagai masalah berbangkit berkaitan penggunaan RFID di plaza tol, disamping kegagaIan mengesan tag dan kesesakkan di plaza tol, PLUS dilihat akan mengaktifkan kembali lorong SmartTAG.

PLUS mengatakan mereka akan mengembalikan 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum Selasa hadapan, 25 Januari.

Disamping itu, PLUS juga akan mengaktifkan 24 lorong SmartTAG pada 19 Februari 2022 akan datang.

Pada masa yang sama, PLUS turut mengatakan akan meningkatkan sistem RFID – terutamanya kadar pengesanan tag RFID di plaza tol bagi memastikan perjalanan lebih pantas.

Palang tol yang lebih pantas akan dipasang di plaza tol, selain pada masa yang sama lokasi zon pengesanan akan ditandakan pada permukaan jalan untuk memastikan kedudukan kenderaan lebih baik untuk pengesanan tag.

Sementara itu, kini PLUS turut menyediakan kakitangan mereka di 158 lorong RFID di 74 plza tol, dalam membantu pelanggan RFID yang berdepan masalah.

Sumber : amanz my

Netizen dah kabor awal-awal hari tu tak usah lah menyvsahkan rakyat malaysia. Sebelum nak buat sesuatu, fikirkan dulu kesannya keatas rakyat. Jangan hanya fikirkan poket orang-orang diatas sahaja. Masih ramai rakyat malaysia yang kesusahan tambah pula selepas ditlmpa benc4na banjir besar tempoh hari. Kereta,motor rosak pun belum ada duit nak repair.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *