Info Semasa

Dua orang kanak-kanak yang juga sahabat karib ditemui Iemas ketika cuba bantu capai selipar kawan

Pasir Gudang: Kegembiraan enam rakan bermain di tepi Sungai Masai berhampiran Taman Masai Utama di sini berakhir tr4gedi apabila dua daripada mereka ditemukan Iemas.

Selepas lebih tiga jam 0perasi mencari dan menyelamat dijalankan pasukan b0mba bersama P0lis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pert4hanan Awam akhirnya berjaya menemukan kedua-dua m4ngsa iaitu Shariff Mohd Sharizan, 11 dan Mohd Ahlan Kiram, 14.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Hamdan Ismail, berkata Shariff itemukan pada jarak 15.24 meter dari lokasi dipercayai Iemas pada jam 9.18 malam tadi, manakala Mohd Ahlan pula ditemui pada jarak 18.29 meter dari lokasi, jam 10.32 malam tadi.

Katanya, seramai 21 pegawai dan anggota b0mba termasuk sembilan dari Unit Pasukan PenyeIamatan di Air (PPDA) digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecem4san.

“Difahamkan, Mohd Ahlan dipercayai cuba membantu rakannya, Shariff, yang dilihat mula Iemas ketika cuba mengambil selipar, namun percubaannya gagaI sehingga kedua duanya Iemas,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, jen4zah m4ngsa kemudiannya diserahkan kepada p0lis dan dihantar ke H0spital Sultan Ismail Johor Bahru untuk proses bed4h s!asat.

Suasana hiba menyelubungi lokasi kejadian ketika kedua-dua jen4zah ditemukan sehingga ada ahli keluarga salah seorang m4ngsa terp4ksa dipapah pihak berkuasa.

Bagaimanapun ahli keluarga enggan ditemubual ketika dihampiri media.

Sementara itu, rakan m4ngsa, Mohd Azmil Rizuan, 13, yang kelihatan masih travma memaklumkan, dia bersama enam rakannya bermain di kawasan sekitar ketika air masih surut.

“Ini adalah pertama kali kami bermain di sungai ini sebab airnya tidak dalam, ketika sedang bermain secara tiba-tiba selipar kawan termasuk di dalam sungai.

“Kami cuba bantu mengambilnya, mujur ada seorang lagi rakan sempat menarik kaki dan saya selamat,” katanya.

Terdahulu, K0mander Operasi dari Balai B0mba dan PenyeIamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai B0mba Kanan II Yusri Atan, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 6.14 petang tadi.

Katanya, setibanya b0mba di tempat kejadian, didapati terdapat dua m4ngsa dipercayai Iemas di sungai yang mempunyai kedalaman kira-kira 2.7 meter.

Sumber : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *