Selebriti/Artis Semasa

Diam-diam je tahu-tahu dah bergelar isteri dan Datin Sri.Tahniah Heliza Helmi.Husband dia bukan biasa-biasa tau

Ramai nampaknya memulakan tahun baru 2022 dengan sesuatu yang cukup membahagiakan seperti melangsungkan pernikahan.

Heliza Helmi dah bernikah

Penyanyi, Heliza Helmi, 36, dikatakan mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan yang juga dipercayai  jutawan bergelar Datuk.

Berita mengenai perkahwinan itu dimaklumkan seorang pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di laman Instagramnya, mohdizharariff_official hari ini yang turut memuat naik gambar pasangan tersebut.

“Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan dengan izin Allah.

“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian… Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di luar kawasan… Esok kita jumpa ya,” tulis Mohd Izhar.

Salah seorang daripadanya adalah selebriti dan juga aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi apabila melangsungkan pernikahan dengan Founder dan Presiden AUF BMZ iaitu Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Sri Mahadi BZ.

Hal tersebut juga telah dikongsikan photographer artis iaitu Aqoimran di Instagramnya sebentar tadi.

Dalam perkongsian itu, Ago telah

mengucapkan selamat pengantin baru

kepada selebriti itu dan mendoakan agar

hubungan rumah tangga yang dibina kekal

bahagia hingga ke Jannah.

Majlis pernikahan dilakukan secara ringkas di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya yang dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja

 

Sehubungan dengan itu, Instagram Aqoimran telah dihujani dengan ucapan tahniah buat Nur Heliza Helmi bersama Dato’ Sri Mahadi yang sudah sah bergelar suami dan isteri.

Antara komen rakan artis dan netizen

 

Tonton Video SILA KLIK SINI

Sumber : omm

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *