Info

Tak sangka AIIah masih bagi kami peluang untuk hidup.”Masa tu saya cuma ingat matl saja”

“BAGAI matl, hidup semula. Ibarat berada di tengah-tengah lautan. Masa itu hanya fikir ini mungkin takdir kami berdua. Saya hanya reda dengan d0a yang tak putus.” Ini perkongsian Suriyati Abdul Mokhtar, 34, ibu kepada dua orang anak dan m4ngsa banjir di Pahang ketika dia dan bayinya yang berusia enam bulan bertarvng nyawa menyeIamatkan diri mereka ketika banjir luar jangka meIanda rumahnya, baru-baru ini.

Disebabkan hujan lebat yang berterusan baru-baru ini menyebabkan banjir besar di beberapa buah negeri sehingga menyebabkan situasi pan!k. Banyak kawasan yang dinaiki air walaupun sebelum ini tak pernah pun banjir.

Detik cem4s ini turut dialami Suriyati Abdul Mokhtar, yang ketika itu terper4ngkap di rumahnya bersama bayi berusia enam bulan di Taman Karak Indah, Pahang.

Pada Sabtu tanggal 18 Disember lalu ibu kepada dua anak ini menceritakan pengalaman menakvtkan apabila air naik hingga ke paras leher dan menyangka itulah saat akhir yang tertulis untuk mereka berdua.

Menerusi perkongsian video daripada program Malaysia Hari Ini, kisahnya bersama anak dan ‘audio note’ yang ditinggalkan benar-benar menyebabkan ramai tersentuh hati.

Ketika kejadian, difahamkan suaminya tiada di rumah kerana masing-masing bekerja di di berlainan negeri sejak 2 tahun lalu.

Mujurlah anak sulung ketika itu berada bersama suami di Terengganu ketika banjir melanda kawasannya.

Bunyi tekanan air, tanda air bah meningkat

Bercerita lanjut, Suriyati memberitahu semasa air mula naik, seakan terdengar bunyi tekanan air dari bilik air.

“Ketika itu, di luar memang gelap dan apabila tersedar, rupanya air telah penuh di luar.”

Air kemudiannya mula masuk melalui celahan pintu dan tingkap dengan laju hingga mencecah paras pinggang. Apungkan bayi dalam kotaK plastik

Dalam keadaan kelam kabut itu, Suriyati mendapatkan sebuah kotak plastik yang digunakan untuk menyimpan barang bagi mengapungkan bayinya yang berusia 6 bulan.

Pada ketika itu, air makin naik dan telah sampai ke paras bahu. Waktu itu dah tak fikir apa-apa, dan terus meletakkan bayi ke dalam kotak itu dalam keadaan diri sendiri pun terhuyung-hayang.

Titipan audio note ketika air naik ke paras leher

Memikirkan hanya diri sendiri dan bayi saja ketika itu, Suriyati tidak pvtus-pvtus berd0a dan bertah4n.

Paling sebak, dia menjunjung anaknya dalam kotak tersebut selama 4 jam dan sempat memberi voice note minta anaknya diseIamatkan dulu.

“Ya AIIah, tolong selamatkan anak saja je, baby saya je, lain saya tak fikir, anak saya je,”.

Dalam pada itu, air pula semakin deras dan meningkat dengan cepat hingga ke paras leher. Suriyati akui mungkin itulah detik terakhirnya bersama bayinya.

“Abang, tolong ampunkan mama, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tak ada orang selamatkan Mama, Bang. Tak ada orang…” (sambil menangIs)

Voice note ini telah tular dan menyentuh hati orang ramai yang mendengarnya. Tak dapat dibayangkan keadaan ketika itu dan perasaan suami menerima pesanan suara tersebut dalam saat genting.

Tambah pula dengar tangisan bayi 6 bulan hingga tiada suara dan kesejukan dan kelaparan..

Pujuk anak tutup mata, berserah kepada AIIah S.W.T.

“Adik tutup mata, Mama pun tutup mata – Mama rasa inilah takdir kita berdua. Abah pun takde, orang lain pun takde.”

“Saya rasa anak saya faham dan dia peluk saya erat dan dia tutup mata.”

“Saya tak sangka anak saya yang enam bulan seakan faham dan boleh buat macam tu.”

Tanpa diduga, dua orang anggota b0mba tiba-tiba datang menyeIamatkan mereka entah dari mana.

Suami Suriyati, Mursyidul ‘Azim Mazlan sangat bersyukur kerana AIIah telah menggerakkan hati mereka untuk menyelamatkan isteri dan anaknya yang terper4ngkap ketika itu.

Suaminya turut menggelarkan kedua-dua orang anggota b0mba ini sebagai unsung heroes.

Sumber : Pa Ma

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *