Hiburan

(video)Terhibur tengok gelagat abang viva menggelabah nak tamatkan live tiktok lepas seorang peminat ajar cara buat duit kat tiktok

Populariti yang diperoleh Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar dalam sekelip mata disebabkan kerja ikhlas yang dilakukan untuk membantu m4ngsa-m4ngsa banjir benar-benar mengejvtkan empunya badan.

Walaupun dia tidak mengharapkan apa-apa penghargaan, namun ramai yang terharu dengan keprlhatinan yang ditunjukan sehingga mendapat pujian rakyat Malaysia.

Selepas mempunyai sedikit waktu rehat setelah berhari-hari membantu orang awam, Abang Viva telah berkesempatan membuat live di aplikasi TikTok yang baru dibuat olehnya.

Dia juga masih ‘pen!ng’ untuk membalas segala mesej yang diterima sejak viral tempoh hari.

Dalam pada berinteraksi dengan warganet, ada diantara pengguna Tiktok telah membantu Abang Viva dengan mengajarnya mendapatkan coin yang boleh ditukar kepada duit jika membuat live di TikTok.

Video:

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah tindakannya yang segera mahu mengakhiri live tersebut kerana hendak mendapatkan duit seperti yang dikatakan pengguna TikTok tersebut.

Ramai yang terhibur dengan tindakan spontannya dan masing-masing memuji sikap Azwan yang tetap humble walaupun sedang menjadi perhatian ramai ketika ini.

Mereka semua mend0akan agar pemuda berusia 28 tahun itu terus dimurahkan rezeki dan mengekalkan sikap merendah diri yang ditonj0lkan.

Selain daripada menjawab soalan-soalan random dari warganet, Abang Viva juga ada menyentuh perihal hadiah kereta 4×4 yang ditawarkan kepadanya oleh seorang usahawan k0smetik tempoh hari.

Menurutnya, dia masih lagi berfikir dan hari Jumaat nanti baru berpeluang bertemu wanita itu untuk berbincang sama ada pemberian tersebut bersyarat ataupun tidak kerana ramai menasihatinya untuk menerima.

Jadi, melihat daripada resp0n orang ramai tentang tindakan murninya membantu orang ramai, kebanyakan pengguna Tiktok mengajak warganet yang lain untuk mengikuti media sosial Abang Viva agar dia boleh membuat live dan memperolehi pendapatan dari hasil live tersebut.

Untuk makluman, nama Azwan Omar viral selepas seorang pengguna Twitter memuat naik gambarnya yang sedang berehat sebentar selepas membantu m4ngsa-m4ngsa banjir yang terperangkap dalam benc4na banjir di Sri Muda dengan bot persendiriannya.

Dia yang datang dari Melaka dengan membawa Perodua Viva dan berbekalkan RM50 telah pergi ke kawasan-kawasan banjir untuk memberikan bantuan segera.

Dirinya bukan hanya mendapat pujlan ramai, bahkan disebut dalam satu khutbah Jumaat tempoh hari sebagai tanda menghargai jasa serta peng0rbanan yang telah dilakukan.

Sumber : ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *