Info

Buat baik,tuhan balas 10x ganda.Bermodalkan rm50 dan niat yang ikhlas.Rezeki jangan dit0lak bang.

Menerusi satu posting di laman Facebook, usahawan berusia 25 tahun tersebut memohon bantuan warganet selepas dirinya gagaI menghubungi Azwan yang dipercayai sedang sibuk menjayakan misi di sekitar Pahang.

Seorang usahawan produk kosmetik, Sha Hasan menyatakan hasrat bagi menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada lelaki yang tular selepas menyeIamatkan m4ngsa banjir, Azwan Omar atau ‘Abang Viva’.

Sha berkata, inisiatif tersebut sekali gus dapat memudahkan niat murni lelaki dari Melaka itu dalam membantu lebih ramai mangsa terjej4s termasuk sebarang situasi di masa akan datang.

Posting berkenaan dikongsi sebanyak 1,000 kali serta ratusan komen netizen yang menyambut baik hasrat ibu kepada seorang cahaya mata itu selain mend0akan Sha dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda.

Selain itu, ada juga segelintir individu berharap supaya orang ramai memberikan masa dan ruang buat Azwan sekiranya mahu menyumbangkan sesuatu selepas nama lelaki itu ‘trending’ di semua platform media sosial.

Semalam, seorang pengguna Twitter @ushardaniele yang juga wartawan memaklumkan pihak Perodua mencari Azwan namun tidak menyatakan lebih lanjut mengenai tujuan tersebut.

Buat baik tanpa mengharapkan balasan.Tapi rakyat malaysia nampak keikhlasan tu sampai semalam imam mendoakan beliau semasa khutbah soIat jumaat.

Sumber : Facebook Sha Hasan / Twitter ushardaniele / majalah sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *