Hiburan

Cubaan ketam berhasiI raih perhatlan..”CanceI masak Iemak ciIi api”

Cubaan Ketam Ambil Baju Terjatuh Raih Perhatian, “Function Gila…”

Sebelum ini mungkin anda pernah mendengar tentang ketam yang berjaya melarikan diri sebelum dimasak. Namun lain pula jadinya pada seekor ketam ini yang sempat berbakti dengan membantu mengambil baju yang terjatuh di luar balkoni ini.

Cubaan ketam itu yang mengambil baju tersebut turut meraih perhatian ramai apabila video tersebut meraih hampir dua juta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut sama kagum melihat idea yang digunakan oleh pemilik video ini.

@reanalee05 

♬ original sound – reanalee05 – reanalee05

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor ketam yang masih hidup diikat pada tali dan dibawa turun ke luar balkoni rumah itu. Rupa-rupanya, ketam tersebut digunakan untuk mengambil sehelai baju yang terjatuh di luar balkoni itu.

Malah turut dapat dilihat, ketam tersebut dibawa turun dengan perlahan-lahan sebelum akhirnya berjaya menghampiri baju yang terjatuh itu. Apa yang menarik perhatian ialah ketam itu dapat mengangkat baju tersebut dengan selamat.

baju terjatuh

Pada penghujung video, dapat dilihat pemilik video akhirnya berjaya mengambil baju itu bersama-sama ketam tersebut yang masih elok tergantung di situ. Melihatkan perkongsian ini, ramai netizen yang turut kagum dengan idea tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat cubaan ketam itu mengambil baju yang terjatuh itu. Malah ada yang berseloroh mungkin juga ketam itu tidak akan dimasak memandangkan dia telah berbakti pada keluarga ini.

“Cancel masak lemak cili api…”

ketam

“Function gila boleh jadi anak angkat.”

baju

“Rare kau ni kak.”

komen

“Jangan caya kata manusia lepas ni habis kena masak gak.”

tik tok

Sumber : hcl

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *