Semasa

“Ayah sanggup berhenti kerja demi jaga anak saklt”.kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah sepanjang hayat.

BALIK PULAU – Seorang bapa sanggup berk0rban kerjaya dan tenaga demi menjaga anak pe­rempuannya yang menghidap penyaklt CerebraI PaIsy sejak lahir.

Mohd. Faizul Aziz, 29, juga terpa ksa bersengkang mata setiap masa bagi memastikan anak sulungnya, Nur Arissa Imani Mohd. Faizul yang berusia enam tahun mendapat penjagaan yang sempurna.

Katanya, dia sanggup berhenti kerja di sebuah syarikat kargo di Bayan Lepas di sini sejak 2017 ketika anaknya berusia dua tahun.

“Saya terpa ksa membuat keputusan sebegitu demi menguruskan penjagaan anak termasuk isteri yang ketika itu baru dua tahun memulakan kerja sebagai jururawat.

“Memang ia satu keputusan yang berat memandang tugas suami perlu menjalankan tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga.

“Isteri dan keluarga setuju demi kebaikan anak kami,” kata­nya kepada Kosmo! di kediaman keluarganya di Kampung Sulup, Teluk Kumbar di sini semalam.

Mohd. Faizul berkata, anaknya kini hanya bergantung dengan mesin pernafasan dan kahak perlu dikeluarkan setiap masa.

Katanya, dia perlu berada di sisinya selama 20 jam setiap hari kerana perlu pantau air liurnya dan sedut setiap kali sudah penuh.

“Saya juga perlu memastikan kebersihan dirinya sentiasa dijaga dan tiada sebarang luka pada belakang badan.

“Keadaan Nur Arissa kini ba­nyak perubahan berbanding ke­rap dimasukkan ke h0spital dan unit rawatan rapi ketika berusia dua tahun, namun masalah saraf yang dialaminya pula kini dilihat semakin tervk,” ujarnya.

Mohd. Faizul berkata, mereka membelanjakan kira-kira RM400 sebulan bagi pembelian lampin pakai buang, susu serta peralatan perub atan dan tiub mesin untuk keperluan Nur Arissa.

“Sebagai bapa, harapan saya cuma satu iaitu keajaiban melihat dia sihat seperti sediakala. Siapa yang melalui nasib sebegini akan tahu erti peng0rbanan pasangan suami isteri.

“Kalau boleh, saya minta pihak atau agensi tertentu membantu meringankan beban kami de­ngan bantuan pembelian peralatan perub atan atau sumbangan secara one-off,” tambahnya.

Sebarang bantuan dan sumba­ngan boleh menghubungi Mohd. Faizul di talian 010-8636 485

Sumber : konline

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *