Info Semasa

“Tak tahu apa benda yang cakkar saya”.Semoga lekas sembuh ya.

Sungai Siput: Remaja Orang Asli ced3ra. selepas diser4ng binatang buas dipercayai beruang ketika mencari kayu di hutan berhampiran rumahnya dekat Lasah, di sini, petang tadi.

Ketua P0lis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabuddin berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4 petang tadi oleh anggota Balai P0lis Lintang.

Beliau berkata, maklumat pertama diperoleh bersumberkan anggota terbabit yang kebetulan terlihat remaja lelaki itu dalam keadaan mengalami Iuka terruk ketika dibawa ke Klinik Kesihatan berhampiran.

Mohd Khaizam berkata, berdasarkan penceritaan mangsa berusia 18 tahun itu, dia mendakwa diserrang binatang buas.

“Keadaan mangsa Iuka tervk termasuk terdapat k0yakan kulit daripada kesan cakaran pada kepala serta tangan namun tidak mengalami sebarang kepat4han dalaman. Mangsa mengatakan dia diser4ng haiwan buas namun dia sendiri pun tidak pasti haiwan apa.

“Cuma berdasarkan gambaran diberikan mangsa, kita syak mungkin ianya adalah beruang,” katanya sewaktu dihubungi malam ini.

Mohd Khaizam berkata, keadaan mangsa kini stabil namun kesnya dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk raw4tan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusof Shariff ketika dihubungi berkata, pihaknya juga masih dalam proses mengenal pasti spesis haiwan buas yang menyerrang mangsa.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan anggotanya untuk pergi ke lokasi mangsa diserrang pada pagi esok untuk si4satan dan tindakan.

“Kita bimbang jika haiwan buas itu adalah harimau kumbang jika mengarahkan kakitangan Perhilitan ke sana pada malam ini juga yang sekali gus memb4hayakan mereka.

“Perhilitan akan si4sat perkara ini. Jadi buat sementara waktu, kita minta penduduk agar berhati-hati dan jangan bersendirian ketika ke kawasan semak atau hutan kawasan itu,” katanya.

Sumber : hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *