Info

Biar betul awak ni Wawa,baru 8 hari berpantang kot..

Setelah genap seminggu menjalani tempoh berp4ntang selepas bersaIin anak keempat, pelakon dan usahawan Wawa Zainal dilihat kembali berkerja dan hadir ke pejabat perniagaan miliknya.

Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal memberitahu kehadiran di pejabat bagi tujuan pemeriksaan produk keluaran terbaru iaitu minyak wangi jenamanya, Wawa Parfum.
 

“Day 8 p4ntang & singgah oficce kejap check stock #wawaparfum mendarat di HQ.

“AlhamduliIIah sambutan luar biasa yela customer @wawacosmeticshq da lama sgt ternanti nanti perfume saiz besar ni kan sumpah wangi,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menyifatkan isteri kepada pelakon Aeril Zafriel ini sebagai seorang wanita yang hebat kerana tampak aktif serta cergas meski dirinya masih dalam tempoh berp4ntang.

Komen netizen :

“Disini rancak, disana rancak berd0sa!! Hebat hari ke 8 da pakai high heel,” tulis seorang wargamaya.

“Hebatnya wawa…8 hari p4ntang bole jalan-jalan..huhuhu kalu saya menangis lagi sbb jahitan masik tak ok,” tulis lagi seorang warganet.

“Hebat anak 4 perut kempis mcm anak dara. Idola ni,” puji peminat.

Untuk rekod, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013.

Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka turut dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7 Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

Kemudian, pada Wawa telah selamat melahirkan cahaya mata keempat pada 30 November yang lalu.

  

Sumber : Instagram Wawa Zainal / media hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *