Info

“Semua gara-gara vlrus tu”.Tak kesampaian sambut hari lahir ibu sebab ibu dah tak ada.

TIGA tahun lalu, seorang pemuda sanggvp meninggalkan kerjaya dan melupakan impiannya di Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung demi menjaga ibu bapa yang uzvr.

Menjaga kedua-dua orang tua secara bergilir-gilir di Felda Adela di Kota Tinggi, Johor, bapanya kemudian meninggaIdunia akibat str0k pada Mac tahun lalu.

pada Ogos lalu berkongsi kisah ketab4han pemuda ini menjaga ibu yang memerlukan penjagaan rapi dan raw4tan susulan pembedhan akibat penyak!t kencing manis.

Begitu berat dug4an buat lelaki berusia 31 tahun itu apabila sekali lagi diuji dengan berita ibunya dijemput IIahi akibat kompikasi C0vld19, pada 1 November lalu.

Apa yang lebih menyedlhkan bagi Mohd Kamal Mohamad Saad apabila tiga hari sebelum itu iaitu 28 Oktober merupakan hari lahir ibunya ke-69.

“Mak lahir pada 28 Oktober. Tapi kami adik-beradik Rancangan nak sambut birthday mak pada 30 Oktober sebab semua adik-beradik balik, termasuk abang sulung yang berusia 46 tahun dan bertugas sebagai 4skar selama 12 tahun pulang dari Australia.

“Ingatkan nak svrprise mak dengan kepulangan abang tapi tak kesampaian sebab mak dimasukkan ke h0spital sebab ada kompllkasi pada 29 Oktober,” katanya kepada mstar.

tiada lagi jaga mak 3

Kamal (kiri) sebelum ini pulang ke kampung untuk menjaga ibu

Kamal yang merupakan anak ketujuh daripada lapan adik-beradik itu turut berkongsi tentang beberapa permintaan ibunya pada hari berkenaan.

“Pada tanggal 29 tu mak nak makan kek, saya bawa mak pergi tepi laut makan. Lepas tu kami jalan-jalan sekitar Felda. Mak sangat manja petang tu.

“Bila balik ke rumah, mak minta saya mandikan dia. Selalunya mak mandi sendiri, tapi hari tu mak minta saya mandikan. Lepas dah mandi dan beri makan malam, masa tu mak semakin Iemah sebelum dibawa ke klinik dan seterusnya dimasukkan ke hospital,” ujarnya sambil menambah ibunya memerlukan bantuan pernafasan kerana paras oksigen menurun.

tiada lagi jaga mak 4

Kamal (kiri) begitu rapat dengan ibu.
Bagaimanapun kata Kamal, majlis ulang tahun ibunya tetap diteruskan tanpa kehadiran ibunya yang masih dir4wat di h0spital.

“Mak masih bermalam di h0spital, mak kata teruskan majlis sebab semua dah tempah. Ramai kawan bagi kek dan makanan. Nanti mak balik.

“Tak sangka mak balik jadi jen4zah. Esoknya 1 Disember, saya dapat call daripada d0ktor beritahu mak tak dapat diseIamatkan, jantvngnya terhenti,” katanya dengan nada sebak.

tiada lagi jaga mak 2

Membawa ibu menikmati makanan di tepi laut.

Kamal yang mengusahakan bisnes kek secara kecil-kecilan mengakui hiIang arah dan sedih selama beberapa hari, dengan ibunya meninggaI dunia pada hari kedua dia perlu menjalani ku4rantin di rumah selepas menjadi kontak rapat dan turut dis4hkan positif C0vld19.

“Permintaan mak semuanya saya dapat tunaikan. Mak nak makan, keluar, jalan-jalan, nak beli itu ini semua dapat.

Sesiapa yang masih ada mak ayah, selagi boleh balik, baliklah. Kalau sibuk dengan kekangan kerja, telefon. Kalau tak video call, call selagi boleh dengar suara mereka. Nanti bila dah tak ada mak ayah, kita akan rindu -MOHD KAMAL MOHAMAD SAAD-

“Cuma saya terkiIan mak tak dapat sambut hari jadi, nak tengok anak-anak dia semua. Paling terkiIan bila anak mak yang sulung bertugas kat luar negara nak balik tapi tak dapat tengok mak, sedangkan hari itulah hadiah saya untuk mak,” katanya yang menyifatkan ibunya seorang yang tegas dan Iantang bersuara tetapi penyayang.

Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana berpeIuang untuk menjaga ibu bapanya yang uzur dengan baik sehingga kedua-duanya menghembvskan nafas terakhir.

tiada lagi jaga mak 5

Arwah ibu Kamal seorang penyayang

Kamal sebelum ini meninggalkan kerjaya dalam bidang khidmat pelanggan dan kerja separuh masa sebagai pengacara majlis (emcee), selain menjalankan bisnes kek di Lembah Klang. Dia juga melupakan impiannya untuk menjadi pembaca berita, di mana ketika itu uji bakat di peringkat akhir.

“Nasihat saya kepada sesiapa yang masih ada mak ayah, selagi boleh balik, baliklah. Kalau sibuk dengan kekangan kerja, telefon. Kalau tak video call, call selagi boleh dengar suara mereka.

“Nanti bila dah tak ada mak ayah, kita akan rindu. Bila balik, rakam seberapa banyak video dengan mereka. Tak kisah orang nak cakap apa sebab itu koleksi peribadi kita.

“Saya teringat mak selalu datang ke dapur tengok saya buat kek, mak akan tanya ‘Mal (panggilan nama Kamal) berapa biji kek lagi Mal nak buat?’,” ujarnya dengan suara yang tersekat-sekat menahan tangisan.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *