Info Keluarga

(video)”Yang pernah rasa tau lah perasaan masa tu”.Semua orang pernah alami fasa macam ni melainkan pendapatan dia terlajak melimpah atau mak bapa dia ‘orang have-have’

Kebanyakan pasangan berkahwin sudah pasti ada liku-liku kehidupan mereka yang tersendiri. Pahitnya dug4an yang diharungi bersama, maka hasilnya juga akan manis pada akhirnya.

Berikutan kos hidup yang agak tinggi, mungkin ada pasangan yang memilih untuk membeli barangan keperluan secara beransur-ansur.

Tidak ketinggalan juga bagi pemilik akaun TikTok @naziranawawi dan suaminya yang membeli barangan keperluan untuk menjalani kehidupan alam berumah tangga.

Menerusi perkongsian video itu, dapat dilihat pemilik video iaitu Nazira Nawawi berkongsikan detik kali pertama mereka baru membeli sebuah peti ais.

Peti ais itu dikatakan baru sahaja tiba ke rumahnya. Menurut pemilik akaun, itu merupakan kali pertama keluarga kecilnya membeli alat elektronik sepanjang 4 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Apabila dimaklumkan peti ais itu akan sampai lebih awal, wanita itu mengambil kesempatan untuk memberikan kejvtan untuk suaminya.

Video:

Menerusi ruangan komen, pemilik akaun turut berkongsikan bahawa sebelum ini mereka sekeluarga tinggal bersama-sama dengan keluarga mertua dan kini mereka dikatakan sudah tiga bulan hidup berdikari.

Gambar : TikTok @naziranawawi

Untuk ketahui dengan lebih lanjut anda bolehlah menonton perkongsian video di bawah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa terharu selepas menonton perkongsian video itu, malah ada juga yang turut berkongsikan pengalaman yang dihadapi oleh mereka.

Gambar: TikTok @naziranawawi
Gambar: TikTok @naziranawawi
Gambar: TikTok @naziranawawi

Sumber : SK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *