Viral/Trending

(Video)”Ayam Berkokok Atas Batang Kalau Berani Marilah Datang”.Kawan yang sebelah tu mesti tengah ketawakan kau bang

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata bvruk padahnya. Peribahasa itu mungkin dapat dipadankan dengan video yang tular di media sosial sejak semalam.

Dalam sorotan video tersebut, seorang lelaki berbaju kuning telah menc4bar dirinya untuk berb0gel dari Kuala Lumpur ke Johor sekiranya pasukan KL City berjaya menewaskan pasukan lawan mereka iaitu Johor Darul Takzim(JDT), semalam.

Caabar diri berteIanjang ke Johor

Walaubagaimanapun, siapa sangka kemenangan yang ditunggu selama 32 tahun akhirnya memihak kepada KL City dengan kutipan mata 2-0 sekaligus mengkahiri perIawanan pada malam itu.

Dalam waktu sama, warga netizen turut menggesa individu terbabit membuktikan kenyataannya sebelum ini yang akan ke Johor tanpa seurat benang pakaian di badan.

Lelaki minta maaf tak dapat tunai janji

Namun begitu, dalam hantaran lain pula memaklumkan bahawa individu itu tidak dapat mengotakan janjinya susulan keadaan kesihatan dirinya selain meminta maaf kepada orang ramai.

 

Kuala Lumpur City (KL City) FC menyempurnakan ‘kisah dongeng’ mereka apabila mengejutkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 untuk merangkul Piala Malaysia ke-100 tahun pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad ‘Warga Kota’ mengucapkan selamat tinggal kepada penantian 32 tahun untuk memenangi piala keagungan itu yang juga gelaran keempat mereka selepas kali terakhir memenanginya pada 1989.

Lebih manis, bukan setakat mengesahkan kejuaraan tanpa sebarang kekalahan dalam kempen Piala Malaysia malah mereka juga meraih tiket ke Piala AFC musim depan.

Keputusan itu turut menyaksikan JDT meneruskan ‘badi’ selaku juara bertahan Piala Malaysia apabila Pahang muncul juara bertahan terakhir yang berjaya mengekalkan trofi terbabit pada 2014.

Pada aksi terbabit, Bergson da Silva jelas membuatkan KL City tidak ‘senang duduk’ kerana sesuatu dirasakan mampu tercetus setiap kali pemain itu memegang bola dan berada dalam kotak penalti.

Hanya dalam 10 minit pertama, pemain dari Brazil itu berpeluang membuka jaringan namun gerakannya ditutup Giancarlo Gallifuoco pada minit ketiga sebelum rembatannya dinafikan palang gol pada minit kelapan.

Ketangkasan Kevin Mendoza pada babak pertama pasti mengecewakan JDT selepas penjaga gol dari Filipina itu cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya daripada JDT.

Bersambung babak kedua, KL City tidak lagi membenarkan JDT ‘menari-nari’ dengan bola apabila perlawanan kembali seimbang dan mereka berhasil merencana beberapa gerakan menerusi bahagian sayap.

Ketabahan KL City yang lebih banyak menyerap asakan akhirnya terbalas apabila hantaran lintang J Partiban disudahkan dengan penuh ketenangan oleh Zhafri Yahya pada minit ke-65 untuk gol pembukaan buat KL City.

Impian barisan pemain Harimau Selatan untuk kembali dari permainan ranap apabila Farizal Marlias sekali lagi tertewas pada minit ke-74, kali ini menerusi jaringan voli kapten KL City FC, Paulo Josue.

Mendoza juga memastikan malam KL City terus bergaya apabila beraksi seperti ‘super hero’ pada babak kedua untuk memastikan JDT pulang tanpa sebarang gol.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Sumber : bh

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *