Info

Svsah kalau bateri kong tiba-tiba kena pulak waktu malam sunyi sepi.Jom tengok penerangan brader ni macam mana nak tahu jangka hayat bateri

Bagi pemilik kereta, mungkin korang dah tahu yang bateri kereta adalah komponen terpenting dalam kenderaan dan perlu diganti secara berkala, bergantung pada penjagaan serta prestasi bateri.

Bateri merupakan pembekal arus elektrik bagi menghidupkan enjin kereta serta memainkan peranan untuk menyimpan tenaga elektrik semasa enjin tak beroperasi. Senang cerita bateri kereta tak berfungsi dengan baik, macam-macam masalah yang akan muncul pada kereta korang nanti.

Oleh itu, untuk elakkan bateri kereta korang matti pada waktu yang tak sepatutnya, Dr Hasbullah Syarah melalui sebuah video di channel YouTube miliknya berkongsi lima tanda bateri kereta korang dah Iemah dan perlu ditukar.

1. Crank perlahan masa nak start kereta

Petanda awal tenaga bateri kereta korang dah berkurang adalah perbezaan bunyi masa korang start enjin kereta. Bila dah hari-hari hidupkan enjin kereta, mesti korang pun dah hafal kan bunyi dia macam mana.

Bunyi yang korang selalu dengar masa start enjin kereta ni dipanggil sebagai cranking. Bila bateri kereta korang hampir habis, bunyi ni akan jadi makin perlahan atau bahasa mudahnya makin ‘lemau’. Kalau dah crank makin perlahan, ini bermakna bateri kereta korang dah tak cukup tenaga untuk hidupkan starter motor yang ‘pusing’ enjin kereta. Jadi bila bunyi cranking dah lemau walaupun dah dua tiga kali start, cepat-cepatlah tukar bateri kereta korang.

2. Bunyi ‘klik’ masa tengah start

Bunyi bateri nak habis ni bukan je korang boleh dengar bila nak start kereta, tapi masa enjin dah hidup pun ada jugak bunyi-bunyi pelik. Selain bunyi cranking lemau, bateri kereta yang dah nak kong akan bagi hint dengan keluarkan bunyi ‘klik-klik’ masa enjin dah hidup.

Bunyi klik ni sebenarnya datang dari suis yang hidupkan starter motor kereta korang. Bila korang pulas kunci kereta atau tekan push start button, bateri akan hantar isyarat elektrik kepada solenoid.

Solenoid ini pula ada besi kecik yang berfungsi menghantar tenaga elektrik untuk hidupkan starter motor dan gerakkan enjin. Bila bateri kereta dah lemah, besi ni akan berbolak-balik dari tempat asalnya (solenoid) ke starter motor sebab tenaga yang dibekalkan tak cukup. Maka korang akan dengar bunyi klik-klik ni masa kereta tengah start.

3. Macam-macam error code keluar

Untuk kereta-kereta moden yang banyak sensor, korang boleh agak keadaan bateri korang bila sensor tak berfungsi dengan baik. Jadi masa ni pelbagai error code akan keluar seperti lampu periksa enjin menyala, indikator yang mengatakan power steering tak berfungsi dan macam-macam lagi.

Menurut Dr Hasbullah Syarah, error code yang keluar masa bateri dalam keadaan lemah tak boleh dijangka. Tapi kalau kod-kod ni keluar secara serentak dan tiba-tiba, korang dinasihatkan supaya hantar kereta ke bengkel untuk diperiksa segera.

4. Lampu depan makin malap

Untuk kereta versi lama tanpa sensor, korang boleh agak yang bateri kereta dah lemah bila lampu depan makin malap. Berbeza dengan kereta zaman sekarang, kereta-kereta lama menggunakan sistem yang lebih simple jadi tanda-tanda bateri nak ‘kong’ pun bergantung pada masa korang guna kereta.

Tanda lampu malap ni mungkin susah korang nak perasan, terutamanya bagi yang guna kereta waktu siang je. Jadi kalau korang guna kereta model lama, rajin-rajinlah hantar kereta korang pergi servis.

5. Bateri terlalu lama

Selain empat tanda yang dikongsikan sebelumnya, pemilik kereta juga perlu peka dengan umur bateri masing-masing. Hal ini kerana, jangka hayat bateri kereta selalunya dalam masa empat hingga lima tahun sahaja.

Jadi kalau bateri kereta dah digunakan selama enam ke tujuh tahun, cepat-cepatlah tukar sebelum bateri tiba-tiba ‘kong’ di tempat tak sepatutnya. Nanti tak pasal terkandas sorang-sorang pulak tepi jalan.

Video:

Sumber : SK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *