Info Keluarga

‘Benda AIIah nak tunjuk’.Hidup berjauhan dengan pasangan memang s3ksa.Bila dah dapat jumpa ini pulak jadi.Patutlah bila ajak ke bagi alasan penat lah,mengantuk lah.Rupa-rupanya..

Cerita ini mungkin hanya rekaan tetapi boleh jadi ianya benar. Sama-samalah kita ambil ikhtibar.

Assalamualaikum wbt. Nama aku Man, asal KL tapi bekerja di perak. Kerja syarikat swasta. Umur hujung 20 an. Cuma nak kongsi kisah ringkas buat pengajaran untuk pembaca semua.

Aku sudah berkahwin hampir 2 tahun, belum dikurniakan cahaya mata. Perkahwinan kami asasnya suka sama suka, tapi sangat jarang berhubung dalam tempoh bertunang, jadi boleh katakan kami bercinta selepas nikah.

Dalam tempoh bertunang alhamdulillah tiada apa-apa halangan berlaku, namun ujian aku berbeza, aku diuji selepas berkahwin. Awal perkahwinan kami bahagia, kami sempat berbulan madu, berjalan-jalan, orang kata kentut masih wangi.

Tapi minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, hubungan kami terasa dingin & makin dingin, aku tak tahu di mana punca, aku mula bersangka buruk pada isteri tiap waktu, untuk makluman semua dah 2 tahun aku ber “PJJ”.

Isteri aku seorang guru mengajar subjek agama berlainan negeri, sebab dapat tawaran kat sana, jadi sangat jarang berjumpa, sebulan mungkin sekali atau 2 kali je berjumpa, isteri duduk dirumah ibu bapanya, asalnya ikut aku di perak, tapi lepas dapat tawaran dia dapat balik negeri dia & sekolah tak jauh dari rumah keluarga dia.

Makin lama kami kurang bertegur sama ada call atau mesej, semua bermula dari aku dulu, kalau aku tak tanya, isteri memang takde nak mesej. Kerja aku pun sibuk, ada shift, kadang tak sempat nak call atau mesej, tapi bagi aku saling bertanyalah, baru adil.

Maaf agak peribadi, secara jujur dalam tempoh perkahwinan aku belum pernah bersama dengan isteri, aku tak tahu nak cerita kat siapa, boleh bayang macam mana ketahanan aku? Isteri depan mata boleh tengok je, asal berjumpa tengah cuti, asal nak cakap penat, cakap ngantok. Sebab tu belum ada anak.

Ada yang pernah cakap kenapa tak ikut isteri pindah sekali kan lagi mudah kawalan, aku bukan taknak, tapi alhamdulillah rezeki aku kerja kat sini gaji hampir 5k, kalau ikutkan dia tak payah kerja pun boleh, cukup sangat nak sara, aku bukan tak pernah applykan sekolah area sini, dapat dah pun, tapi isteri yang taknak, yelah sana dekat dengan rumah dia.

Cerita ni berlarutan sampailah beberapa bulan leas aku balik, Allah nak tunjuk kat aku, isteri aku lupa log out fb dia kat laptop, aku buka & sangat terkejut, aku ambik jugak hp dia (waktu dia tidur) & aku buka (mujur aku pernah nampak dia taip password), dalam tu bukti semua kekusutan aku terjawab.

Rupanya isteri aku ni songsang, Allah.. aku sangat terkejut, mengucap panjang aku, aku tengkok gambar, video, whatsapp, sangat menjijikkan. Aku tak sangka dia macam tu, dan aku check balik kat fb dia, sebenarnya benda ni dah berlarutan 2,3 tahun sebelum aku kawin dengan dia lagi.

Rupanya lesbian" - Pakai Tudung Labuh, Bakal Kahwin Dengan Ustaz Tapi Masih Tak Boleh Buang Nafsu Songsang - Lobak Merah

Aku terfikir, adakah dia berkahwin sebab dia nak tutup aib, atau keluarga paksa sebab dah tahu rahsia anak, tapi mangsanya siapa ? AKU. Positifnya aku fikir Allah nak uji aku, tapi ujian sangat berat, dalam syarikat aku sebagai eksekutif ramai kenalan, aku ada keluarga besar, aku fikirkan apakah kesan selepas ni.

Aku pegang hp dia, memang ikutkan aku langsung tak pernah pegang hp dia, sebab dia tak bagi, kalau tidur dia letak bawah bantal, tapi malam tu, dia cas hp & letak sebelah laptop kat ruang tamu, aku cuba kawal marah, waktu tu ibu & ayah dia dah tidur, aku seorang diri kat ruang tamu, isteri aku dah tidur kat bilik.

Esok paginya lepas sarapan, aku panggil dia masuk bilik & sekali lagi aku cuba kawal marah supaya ibu & ayah dia tak dengar, aku mintak penjelasan dia, hampir 2 jam aku dengar & membalas, selama ni yang aku anggap isteri yang baik, solat malam tak tinggal, tapi ini perbuatan dia belakang aku.

Pagi tulah terbongkar semua, dia dah mula tinggi suara, marahkan aku, salahkan aku, seolah aku membuka aib & pekong dia, tapi aku tak tahu macam mana, aku tak marah kat dia, aku bagi peluang kat dia, dengan harapan isteri aku berubah & menyesal perbuatan dia tu.

Cikgu agama apakah begitu ? Silap hari bulan anak murid jadi mangsa, aku walaupun bukan ust tapi aku tahu basic agama, aku tahu mana haram mana halal, patutlah makin tak bertanggungjawab, selama ni fokus dia kat kawan songsang dia tu, dan lagi sadis, kawan dia pun baru berkahwin, kesian suami dia sama macam aku nanti.

Dan aku ada terbaca, golongan sonsang terutamanya perempuan ada lah yang paling susah sekali nak kesan, elok berjubah, elok bertudung labuh, tapi disebalik tu kita tak tahu, mungkin ni ujian aku, sekarang aku buntu tak tahu nak buat apa, lepas kisah tu, aku buat biasa depan family dia, aku balik ke perak semula pun macam biasa, family dia & family aku belum tahu kisah ni.

Aku yang rasa tertekan, stress, kerja aku tak boleh nak fokus, dah 2 bulan aku tak balik, aku duduk tak berurus kat rumah sewa, dalam 2 bulan ni dekat 7 hari aku dah cuti, tapi aku tengok kehidupan normal, macam langsung tak bersalah, aku follow je status whatsapp dia, fb dia, macam takde apa-apa yang berlaku.

Tapi beberapa hari lepas, dia whatsapp aku, mintak aku lepaskan dia, lagi bertambah stress aku, memang aku rasa dia langsung takde perasaan kat aku selama ni.

Aku fikirkan majlis dia yang lalu, majlis aku yang lalu, usaha ibu ayah dia, mak ayah aku, aku rasa kalau keluarga masing-masing tahu agaknya aku yang dipersalahkan, tapi bukti ada aku simpan, sempat aku snap mana yang penting kat hp aku.

Dan kalau takde bukti, aku tak rasa keluarga dia boleh terima, sebab dia keluarga yang baik-baik, kebanyakan adik beradik dia mengajar agama, jadi kalau aku balik hujung bulan ni, akan ada konflik terbesar yang akan jadi.

Aku tak tahu apa perlu buat sekarang, nak berhadapan dengan keluarga, kawan2, staff syarikat, kalau jadi berpisah, aku rasa macam aku buat satu kesalahan paling besar dalam hidup, track record aku dah buruk, aku menyumbang angka penceraian.

Aku rasa tu dulu cerita aku, tak mampu nak taip dalam sedih ni, suami menangis, kalau rasa kahwin boleh datang mudharat pada diri & orang lain, lebih baik jangan berkahwin, sudahnya masing-masing dalam kesusahan.

– Man (Bukan nama sebenar) -IIUM

Sumber : rs7

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *