Info

“Buat salah kat tempat lain,kena saman kat tempat lain”.Dua k3s berbeza tapi kesudahan yang sama..

VIDEO TULAR AKSI KANAK-KANAK PEREMPUAN MENUNGGANG MOTOSIKAL DI FACEBOOK.

Pada 22 November 2021 Unit Risikan/0perasi (RO) JSPT Bukit Aman mengesan satu rakaman video berdurasi 43 saat yang tular berkenaan dengan seorang kanak-kanak perempuan menungang motosikal jenis RGV 250 dan NSR 250 tanpa memakai helmet dan pastinya tiada lesen memandu. Video tersebut telah dimuatnaik ke dalam saluran facebook oleh seorang individu yang menggunakan page facebook “Arena Motor”.

Unit RO JSPT telah mengambil tindakan susulan dengan berjumpa kedua-dua pemilik m/sikal tersebut. Hasil si4satan mendapati kejadian berlaku pada tahun 2018 semasa kedua-dua pemilik menghantar motor ke sebuah bengkel m/sikal yang terletak di Sijangkang, Banting. Pemilik motosikal mengesyaki motor tersebut telah disaIahgunakan oleh mekanik bengkel dengan membenarkan kanak-kanak perempuan iaitu anak kepada pemilik bengkel menunggang motosikal tersebut.

Pada 23/11/2021, Supt Dr Bakri bin Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JSPT bersama Unit RO telah berjumpa dengan bapa kepada kanak-kanak tersebut dan hasil soal si4sat mendapati kejadian berlaku pada tahun 2018 dan dirakam di jalan utama hadapan rumah beliau selain mengesahkan 2 buah motosikal tersebut sedang dibaiki. Tujuan beliau membuat rakaman tersebut adalah sekadar suka-suka untuk simpanan beliau serta pelanggan. Beliau juga tidak mengetahui bagaimana video tersebut boleh tersebar.

Berdasarkan rakaman video tersebut didapati berlaku beberapa kesaIahan trafik iaitu menunggang motosikal tanpa memiliki lesen, tidak memakai topi keledar, dan tiada cermin sisi. Ibu bapa/penjaga juga telah membenarkan kanak-kanak bawah umur menunggang motosikal dan tindakan sebegini membah4yakan dan merisik0kan anak beliau dan pengguna jalan raya yang lain berlakunya kemaIangan. Tindakan nasihat dan saman dibawah Pol. 257 telah dikenakan terhadap kanak-kanak tersebut dan juga bapanya.

JSPT menasihatkan kepada ibubapa dan penjaga agar sentiasa memantau kelakuan anak-anak mereka yang dibawah umur agar tidak memandu/ menunggang kenderaan tanpa lesen memandu. Sekiranya berlaku kecuaian daripada Ibubapa dan penjaga dengan membenarkan anak-anak mereka memandu/ menunggang kenderaan, mereka boleh diambil tindakan dibawah Sek.3(1) 4kta Kanak-Kanak 2001 selain 4kta Pengangkutan Jalan 1987.

Manakala satu peristiwa lagi :

Kuala Terengganu: Lagak berani seorang remaja lelaki yang menunggang motosikal secara berb4haya dengan membuat aksi ‘wheelie’ di sekitar daerah ini termasuk Jambatan Angkat, di sini membawa padah apabila ditahan polis.

Suspek berusia 19 tahun dan bekerja sebagai buruh itu ditahan di rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 7.05 petang semalam selepas aksinya itu dimuat naik di Facebook ‘Raja Kapcai HQ pada kelmarin.

Ketua Jabatan Si4satan dan Penguatkvasaan Trafik (JSPT) Terengganu Superintendan Ismail Man berkata, pihaknya sebelum itu mengesan satu rakaman video berdurasi 43 saat menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal jenis Honda EX5 dengan membuat aksi ‘wheelie’ secara berulang kali di sekitar daerah ini termasuk kawasan Jambatan Angkat.

Beliau berkata, satu laporan polis dibuat sebelum sepasukan pegawai dan anggota JSPT Terengganu dan Bahagian Siasatan dan Penguatkvasaan Trafik Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Tumpat ke rumah suspek pada 7.05 petang semalam.

“Ketika soal si4sat, svspek mengaku dia adalah penunggang motosikal yang berada di dalam rakaman video berkenaan dan motosikal yang digunakan ketika kejadian adalah milik abangnya.

“Svspek mengaku melakukan aksi itu pada 12 November lalu ketika dia bersama beberapa rakannya berkunjung ke Kuala Terengganu.

“Susulan itu, kita menahan svspek bersama motosikalnya ke IPD Kuala Terengganu untuk sia.satan lanjut mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Bagi kesaIahan itu, sus.pek berdepan huku.man pen.jara tidak melebihi lima tahun dan den.da tidak kurang daripada M5,000 dan tidak melebihi RM15,000 jika sabit kesaIahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ismail berkata, pihaknya sentiasa memantau tingkah laku pengguna jalan raya yang dikesan melanggar undang-undang.

Katanya, tinda.kan teg4s akan diambil terhadap mereka yang menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk membuat ak.si yang bukan hanya membaha.yakan diri sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain.

Rata-rata netizen meninggalkan komen menyokong tindakan pdrm,tidak kurang juga yang memerli pihak pdrm.

Sumber : Arena motor / raja kapcai hq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *