Info

“Kerana tamak dan kepentingan diri sendiri”,Kanak-kanak zaman sekarang dan generasi akan datang tidak berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri.

Bermula sejak 3 tahun yang lalu, secara rasminya badak sumbu Sumatera pupvs di Malaysia.

Badak sumbu Sumatera adalah spesis badak sumbu paling kecil & satu-satunya bersumbu 2 di Asia. Dahulunya ia mendiami hutan hujan di kaki bukit Timur Himalaya di Bhutan & timur India, Myanmar, Thailand, semenanjung Tanah Melayu, Borneo & Sumatera.

Penemuannya pertama kali dicatatkan pada 1793 dekat Bengkulu, pantai barat Sumatera. Asalnya ada 3 subspesis: badak sumbu Sumatera barat, badak sumbu Sumatera timur atau Borneo, & badak sumbu Sumatera utara atau Chittagong.

Kemerosotan populasinya bermula dengan kegiatan pembvruan bagi mendapatkan sumbunya untuk perubatan tradisional. Diburvkkan lagi dengan penebangan hutan, menyebabkannya kehilangan habitat & berpecah lalu ia sukar membiak & menjadi manduI.

Ini kerana betina spesis ini boleh membentuk cyst & fibroid dalam rahimnya jika tidak mengawan dalam tempoh yang lama. Atas sebab-sebab itu, bilangannya berkurangan sehingga 70% hanya dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.

Itu yang berlaku kepada Puntung & Iman, badak betina yang masing-masing diselamatkan pada 2011 & 2014 lalu dijaga di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah. Mereka cuba disenggamakan dengan Tam, badak jantan yang diselamatkan pada 2008.

Bagaimanapun Tam sudah tua & tidak subur, Iman & Puntung menghidapi masalah sistem peranakan malah Puntung juga mengalami kanser kulit. Pelbagai usaha dikerahkan namun gagaI, sebelum Puntung meninggal dunia pada 4 Jun 2017, diikuti Tam pada 27 Mei 2019.

Ketumbuhan dalam rahim Iman semakin membarah, malangnya tiada teknologi terkini yang dapat menyelamatkannya. Badak sumbu Sumatera terakhir Malaysia itu menghembuskan nafas terakhir pada 23 November 2019.

Begitupun, saintis menyimpan sampel DNA Iman & Tam dengan harapan suatu hari nanti, akan ada teknologi yang dapat mengolah sel itu menjadi embrio yang boleh ditransplan ke dalam rahim badak sumbu betina yang ada.

Kini hanya tinggal kurang daripada 80 ekor badak sumbu Sumatera di dunia, semuanya bertaburan & terpelihara di Indonesia.

Sumber : Aawani

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.