Hiburan Info

“Menjawab lah kau bang”.Tengok video sampai habis ape jawapan abang ni kat isteri dia.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Asam garam rumah tangga, pasti akan ada ujian untuk mengeratkan lagi hubungan serta lebih mengenali pasangan.

Namun, tidak dinafikan naluri isteri tidak pernah saIah jika suami berlaku ‘cvrang’. Malah, mata isteri juga tajam mengalahkan det3ktif.

Seperti video tular dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok ini yang memuat naik mesej perbualannya bersama suami yang mungkin bercuti bersama rakan-rakan.

Menerusi mesej tersebut, suaminya ada menghantar gambar menaiki bot. Namun lain pula yang dilihat oleh si isteri yang ternampak perempuan lain bertudung dalam pantulan kacamata suami.

Si isteri terus bertanyakan siapa wanita berkenaan dan akhirnya suaminya mendedahkan identiti ‘wanita’ diperkatakan itu rupanya rakan lelakinya yang memakai tuala di kepala.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang terhibur kerana si isteri menyangkakan wanita rupanya lelaki.

Namun, lebih menjadi bualan adalah kehebatan mata si isteri dan rata-rata netizen mengakui mata wanita jarang tak tajam. Tidak kurang juga ada yang memberi pesanan jangan buat main dengan mata wanita.

Video :

Dalam pada itu, ada segelintir netizen mengatakan masih tidak percaya bahawa ianya lelaki pada pantulan gambar berkenaan kerana dari belakang kelihatan individu berkenaan bersanggul tinggi dan mustahil ianya lelaki.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *