Info

(Video) “kena simbah Sup pedas” GiIa Babun.. boleh bvta mata orang tu. Agak-agaklah kalau marrah pun kan.

Seorang wanita di Amerika Syarikat nekad menyimbah seorang pengurus restoran dengan sup pedas gara-gara menemui plastik cair dalam pesanannya.

Pengurus restoran yang berusia 24 tahun itu dilaporkan telah disimbah dengan sup menudo Mexico pada 7 November lalu selepas seorang pelanggannya mendakwa bahawa sup itu sangat panas sehinggakan penutup plastik pada bekasnya mencair ke dalam kuahnya.

Dalam video yang tular itu, pengurus tersebut dilihat sedang bercakap dengan wanita berkenaan sambil membuka penutup bekas sup terbabit dan menunjuk ke arahnya.

Pelanggan yang m4rah itu kemudiannya secara tiba-tiba meIemparkan sup tersebut ke arah pengurus berkenaan, menarik teman lelakinya dan terus meninggalkan restoran terbabit.

Menurut pengurus tersebut, wanita itu telah menelefon restoran berkenaan terlebih dahulu untuk mengadu berkenaan perkara itu.

“Dia tidak ingin berbincang walaupun saya telah menawarkan makanan percuma sebagai ganti serta bayaran balik,” kata pengurus tersebut.

Tambahnya lagi, setiap kali dia menyebut berkenaan mahu bagi makanan ganti serta memulangkan wangnya, wanita itu memot0ng percakapannya dan terus berkata ‘ini sungguh mengarvt’ serta ‘lihatlah perkara yang tidak masuk akal ini’.

“Dia memang tidak mahukan apa-apa selain ingin memarahi saya,” ujarnya.

Pengurus tersebut menyatakan bahawa dia berasa seakan telah disembur dengan penyembur lada pada ketika itu, namun tidak mengalami kecederaan yang serius.

Wanita tersebut dilap0rkan boleh dihadapkan atas tudvhan jen4yah.

“Kami mengutuk perbuatan sebegini. Jika sesiapa mendakwa bahawa mereka telah diberikan layanan yang burvk, kami menasihati mereka supaya kekal tenang sehingga masalah itu dapat diselesaikan,” ujar Ketua P0lis Temple.

video :

https://youtu.be/pfIRlwyB8SY

Video tersebut lantas menjadi tular di TikTok. Sehingga kini, ianya telah mendapat jutaan tontonan daripada warganet.

Sumber : sk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *