Info

“Ini adalah satu pekerjaan”.TablIigh tak menghaIang Aliff untuk bahagikan masa mencari rezeki untuk keluarga

Program Gegar Vaganza 8 belum pun bermula namun pelbagai cerita sudah kedengaran melibatkan penyanyi-penyanyi yang menyertai pertandingan tersebut.

Dalam sesi memperkenalkan barisan peserta GV8, nama Aliff Aziz turut menjadi sebutan berikutan kini dia dilihat lebih aktif mengikuti tabIigh berbanding terlibat dengan kerja seni.

 

Aliff yang mewakili Singapura menjadi antara selebriti muda yang akan bersa!ng dengan beberapa nama hebat Tanah Air untuk bergelar juara GV8 yang akan mula bersiaran pada 21 November nanti.

“Ini adalah satu pekerjaan”
Menerusi temu bual bersama Mstar, suami kepada Bella Astillah itu memaklumkan tindakannya bersetuju menyertai GV8 adalah dengan niat mencari rezeki dan nafkah buat keluarga.

“Ini adalah satu pekerjaan, Aliff tak nak kata pekerjaan ini…pekerjaan itu,”

 

“Niat Aliff hanya untuk mencari nafkah dan rezeki buat keluarga. At the same time kita buat balik apa yang kita pernah buat dulu yang kita dah pernah tinggal sekejap,” katanya.

Aliff Aziz merupakan salah seorang peserta untuk GV8 yang akan ber3ntap dengan 12 lagi peserta lain seperti Azzan Scan, Bandi Amuk, Ani Mayuni, Aweera, Shidee, Kumpulan Nico, Adibah Noor, Nikki, Sukki, Upiak Isil dan Fazley Yaakob.

Walaupun kini aktif bersama kumpulan tabligh, ia sama sekali tdak menjadi halangan buat penyanyi lagu Sayang Sayang ini untuk menunjukkan kembali kemampuan bernyanyi dalam pelbagai genre menerusi pertandingan kali ini.

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengakui sedang dalam proses bagi mendalami ilmu ag4ma seiring dengan perubahan ‘IsIamik’ suaminya yang juga penyanyi Singapura, Aliff Aziz.

Menurut laporan Kosmo Online, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia meluangkan masa untuk mengikuti kelas ag4ma bersama rakan-rakan artis hampir setiap hari.

“Sepanjang kenal Aliff dari usia 18 tahun, saya tak pernah tengok perubahan dirinya sampai tahap sekarang. Saya tak tahu nak gambarkan bagaimana tapi saya sangat gembira dengan dirinya.

“Aliff masuk GV8 dengan niat untuk buat kemunculan semula sebagai seorang penyanyi. Benda ini tak ganggu pun apa yang dia buat sekarang. Insya-AIIah, saya bagi sokongan dan semangat.

“Saya tahu orang akan cakap itu ini tapi kita tak boleh puaskan hati semua orang. Sebagai isteri, saya tahu dia sedang buat yang terbaik bukan orang orang lain tetapi dirinya sendiri,” kongsinya.

Sumber : ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *