Hiburan Info

{video}”Persahabatan Jep & Shuib buat ramai terharu”.Kalau dapat sahabat macam ni,jagalah hubungan baik2

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan dua sahabat dalam dunia lawak ini, Jep Sepahtu dan Shuib apabila persahabatan antara mereka sudah bertahun-tahun terjalin.

Sehingga sama-sama semakin melonjak naik dalam industri hiburan tanah air malah mereka juga bukan sekadar pelawak malah turut bergelar pelakon dan penyampai radio.

Walau bagaimanapun, seperti yang ramai ketahui Shuib pada Januari lalu difahamkan telah mengambil keputusan untuk berehat seketika dalam dunia seni dan fokus untuk perniagaan dahulu.

Pun begitu, melihatkan dia juga berehat daripada terlibat dalam kumpulan Sepahtu membuatkan ramai meluahkan rasa rindu dengan Shuib terutama rindu dia dan Jep Sepahtu.

Sehinggakan satu rakaman video memaparkan persahabatan antara Jep Sepahtu dan Shuib sebelum ini turut hangat menjadi perhatian oleh warganet yang kagum melihat mereka yang kini nama kedua-dua pelawak ini bukan calang-calang lagi.

Video:

Melihatkan video sedutan lakonan mereka, rakaman terbabit membuatkan peminat juga berharap Shuib Sepahtu dan Jep kembali bersatu dan rata-rata netizen diruangan komen mem4anjiri dengan pelbagai reaksi terhadap mereka sekali gus menerima ribuan tanda suka ramai di hantaran video tersebut.

Komen netizen:

    

Sumber : HCL / trendinggiler

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *