Info

Hati terdetik nak cek latar belakang bakal suami kat fb tapi tak jumpa.Alhamdulillah tuhan tunjukkan jalan

Gmbar diatas adalah untuk ilustrasi sahaja.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dn lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Assalam pembaca. Aku doakan semoga hari anda ceria selalu, tapi doa ini bukan untuk sang lelaki (sudah berpunya) yg mi4ng lagi penipu. Aku wanita bekerjaya, masih muda dan belum berkahwin. Dgn usia semuda ini, aku yg memegang jawatan ketua unit/department di sebuah agensi awam merasakan ia agak mencabar lebih-lebih lagi jika urusan kerjaku melibatkan connection dgn orang luar terutamanya lelaki.

Dimulakan dgn perbincangan formal, disusuli dgn ajakan berchatting pada waktu malam, perlawaan keluar teman berjalan/tengok wayg dan sebagainya. Hari ini aku bawakan satu contoh situasi yg aku alami. Masih segar dalam ingatan. Aku pernah berurusan dgn seorang lelaki berstatus suami orang yg lagaknya seperti bujang. Umur lingkungan 30-35 dan tak mengaku langsung sudah berkahwin.

Jika perlu aku gambarkan, orangnya kacak dan tinggi. Santunnya dipuji, kata-katanya memberi inspirasi, pemurah lagi baik hati, celotehnya buatku tertawa malam dan pagi. Apa yg aku tak tahu, ternyata dia seorang penipu, memasang taktik mencari madu, kusangkakan bujang rupanya anak dah lebih satu. Penipu

Sejak berkenalan atas urusan kerja, hari-hari dia Whatsapp aku. Bukan sebab nak beri info berkenaan kerja tapi sekadar bertanya khabar, disisipkan juga dgn panggilan sayg buat aku. Perbualan ini berlarutan, kadang-kadang sampai ke malam. Aku yg naif ini pun percaya yg dia bujang.

Sebab apa? Kalau laki orang, takkan lah main handphone sampai ke malam hampir setiap hari. Mesti bini marah Ternyata aku salah. Oleh kerana dia mengaku dia hidup sorang, aku pun layan lah dia sebab peribadinya baik. Sangat mengambil berat tentang aku. Mana tahu ini jodoh yg dikurniakan Tuhan?

Meskipun hari berganti hari, rasa cinta dalam hatiku belum berputik walaupun dia sudah mula berborak perihal cinta dan rindu. Sayg dan kasih. Rasa suka dekat orangnya mungkin ada sedikit, kerana dia seorang yg Charming n kuat berusaha untuk memenangi hati aku. Tapi entah mengapa kadang-kala, aku merasakan ada sesuatu yg tidak kena.

Jika diam4ti, semuanya normal sewaktu kami berjumpa. Makan bersama. Jalan bersama. Apa yg dia selalu bercerita sewaktu kami bersemuka pun hanyalah tentang bagaimana dia menguruskan hidupnya sorang-sorang tanpa teman di sisi. Namun Instinct aku sebagai wanita merasakan ada yg tidak kena?

So, satu malam aku pun bercadang untuk sekali lagi melawat facebo0knya yg sudah pun ada dalam friend list aku. Aku ingin melihat semuanya dgn lebih teliti. Namun, masih normal. Tidakku jumpa apa-apa untuk kubuktikan yg dia milik orang. Bahkan aku juga membuat beberapa percubaan untuk google nama dia dan hasilnya tiada.

Kalau aku upload gambar, pasti ada yg komen terutamanya adikku, makcik, pakcik, sepupu dan sebagainya. Sangat meriah. Tapi, facebo0knya sangat sepi. Gambarnya juga jarang di upload. Hatiku merasakan mungkin dia memang seorang yg mysteri0us sejak azali, sebab dia pun pernah kata yg dia tak banyak cakap (tapi dgn aku dia ashik bercakap ).

Akalku yg ligat, tidak percayakan hatiku yg sentiasa Husnuzon. Aku teruskan penyelidikan ini demi mengenalpasti statusnya yg sebenar. Aku cuba cari dgn menaip nama ayahnya pula (powerkan idea wanita?). Laluku jumpa akaun facebo0k yg aku yakin adik lelakinya (yg memaparkan nama ayah yg sama).

Aku sangat yakin itu adiknya berdasarkan apa yg pernah dia cerita kat aku tentang beliau dari segi latar belakang pendidikan. Dia dan adiknya masing-masing tidak follow antara satu sama lain. Pelik. Aku teruskan melihat gambar. Tidak banyak. Tapi ramai juga yg komen di gambar-gambar adiknya seperti saudara-mara. Aku lihat dgn teliti setiap orang yg komen di situ, semuanya tidakku kenal.

Wanita memang sangat hebat dalam menjalankan tugas sebagai det3ktif. Jangan sesekali kau nafikan perkara ini, wahai lelaki. Langkah seterusnya. Aku merayu dgn kakakku untuk pinjam akaun facebo0knya untuk satu hari. Kakakku benarkan kerana dia sebagai wanita sentiasa menyokong penyelidikan sebegini bagi memb4nteras suami-suami orang yg menipu

Untuk pengetahuan semua, pada saat ini lelaki tersebut sudah mula bagi hint pasal kahwin dan alam rumahtangga. Saling menghantar gambarnya. Dia juga memaklumkan berkenaan aset dan harta yg dia ada yg kononnya akan menyenangkan aku jika aku berkahwin dgn dia.

Wah lelaki yg stable. Bagus tapi mungkin sebab aku sendiri dah beli rumah, tiadalah aku melompat gembira sangat. Kata-katanya juga masih manis bak gula Melaka dan aku masih layannya dgn baik walaupun aku sedang buka lilitan pekungnya sedikit demi sedikit.

“Yaa AIIah, kalau lelaki yg berhajat untuk memperisterikan aku ini ada muslihat tak baik, tunjukkanlah aku kebenaran agar aku tak jadi penyebab rumahtangganya musnah…” Dgn menggunakan akaun facebo0k kakakku, aku tak search nama lelaki itu, tapi aku search nama adiknya yg kujumpa akaunya tadi.

Aku teliti satu per satu komen di gambar-gambarnya lalu aku temui sesuatu. Salah satu gambar adiknya dikomen oleh seorang lelaki yg aku kenal susuk mukanya. Pelik, sewaktu aku stalk menggunakan akaun facebo0k ku, komen itu tidak kelihatan. Aku klik untuk melihat akaun facebo0k itu. Yaa, itu lah dia. Lelaki yg bibirnya sedang tak henti panggil aku sayg.

Akhirnya aku temui akaun facebo0knya yg lagi satu, yg terpapar status dirinya “married” di situ. Satu per satu gambar aku lihat dan akhirnya, aku temui potret keluarganya sewaktu hari raya. Menitik air mataku, bukan sebab hatiku hncur ditipu kata-kata manis lelaki ini, tapi aku sedang menggambarkan betapa sedihnya jika si isteri yg sedang menggendong bayi di dalam gambar tersebut dapat tahu perangai suaminya yg sebenar dan cuurang.

Baygkan, dari pagi ke petang borak pasal rindu dan kahwin, panggil wanita lain sayg dan cinta, keluar berdua dgn dia, kemudian balik rumah main dgn anak-anak tanpa rasa apa-apa. Tak terdetik sedikit ke rasa bersalah sewaktu kau tatap muka isteri kau yg dah 3 kali berkrban rasa skit melahirkan zuriat kau? Tergamak sungguh.

AIIah dah bagi cukup. Kerja bagus, keluarga bahagia, isteri cantik, anak comel. Apa lagi yg kurang? Mengapa nak diundang duka dan tangisan? Aku jamin, si isteri pasti tidak tahu kewujudkan akaun facebo0k kedua sang suami yg ada dalam friend list aku tu. Dah block juga agaknya. Bijak permainanmu, bijak lagi akalku.

Alhamdulillah, dibukakan pintu kebenaran. Penyiasatan yg pada awalnya aku rasa hanya buang masa dan overreacting sebenarnya bernilai. Cuba kalau aku ni percaya bulat-bulat yg dia bujang serta pilih untuk teruskan perbualan dari hati ke hati. Termakan kata-kata charming nya yg sedaya upaya menambat hatiku.

Lama-lama pasti sayg. Bila dah sayg, susah nak buang sebab dah sebati dgn hati, melekat dgn jiwa. Seperti drah dan daging. Aku suka kau, sebab kau baik dan sangat ambil berat tentang aku. Aku lapar pun kau boleh hantarkan makanan. Kau selalu kata kau rindu aku.

Kau rindu nak tatap senyuman aku. Tutur kata kau lembut, senyuman kau bersinar bila kau jumpa aku. Tapi, senyuman kau tak penting bagi aku. Bahkan, pada waktu itu senyuman aku sendiri pun tak penting bagi aku. Senyuman anak-anak kau lah sumber kekuatan aku untuk aku jauhkan diri daripada kau.

Satu rasa cinta yg aku lahirkan dalam hati kau akan meranapkan 10 rasa cinta kau terhadap isteri dan anak-anak kau. Kalau aku yg bertakhta dalam hati kau, aku khuatir sedikit demi sedikit ruang untuk mereka dalam hati kau hiilang disebabkan aku. Sedangkan merekalah drah daging kau.

Tempat mereka adalah di setiap sudut ruang hati kau. Bukan aku. Jangan kau buka ruangan hati itu untuk aku because I will never destr0y that happiness. Saat aku sudah tahu kebenaran, aku bertindak untuk tidak terus menghentam dia. Aku juga tidak mahu terus hiilang tanpa sebab kerana jika aku block dia pada waktu itu, dia akan hubungi telefon pejabat aku mahupun datang ke Pejabat untuk berjumpa aku.

Ini lah yg aku alami setiap kali aku ambil pendekatan untuk block whatsapp Lelaki mi4ng. Penat staffku nak jawab berkenaan keberadaanku. Aku harap readers tidak kecewa kerana aku sikit pun tidak beritahu lelaki ini yg aku sudah tahu dia adalah suami orang. Yg aku sudah jumpa akaun facebo0knya yg sebenar, isterinya, anak-anaknya, aku sudah melihat gambarnya.

Aku hanya berdiam diri seakan tiada apa-apa yg berlaku kerana aku ada sebab tersendiri. Tapi, selepas itu memang sengaja aku balas whatsapp dia sambil lewa. Walaupun dia nak jumpa atas alasan kerja, aku minta staff aku yg deal dgn dia, sehinggalah usahasama agensiku dgn syarikatnya tamat. Sekilas raut wajahku pun aku tak beri dia lihat.

Tidakku kira berapa bulan tempoh perkenalan aku dan dia atau seberapa lama namanya tersemat dalam doaku. Kegirangan suaraku sudah tak lagi hiasi halwa telinganya kerana bagiku biarlah dia fokus mendengar gelak ketawa anak-anak n isterinya.

Somehow, we don’t talk anymore and he never knew that I knew. His wife n the kids still had no idea that I once existed in his life, perhaps his heart n mind . Everybody continues to live, happily ever after (as I wish).

Aku taknak kau lagi sungguhpun isteri kau yg datang merisik aku. Kau bukanlah jodoh kurniaan Tuhan, tapi adalah ujian dariNya. Buat readers wanita, men will always be men. So it’s your responsibility to avoid any disputes & mess-ups caused by men.

Perempuan tak segagah lelaki, but together we stand untuk menjadi gagah n perangi orang sebegini. Minta didoakan jodohku seorang yg setia, tak menduakan aku n tidak akan mengguriskan hati aku dan anak-anak demi orang lain yaa. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dn salah.. Terima Kasih!

Sumber : Menujukebenaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *