Uncategorized

Suami koma berbulan,aku pulak berseronok dengan ex sampai buncit.Semua ni balasan untuk aku bila…

Saya sudah berkahwin selama sudah 10 tahun dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Kemungkinan suami yang manduI sebab saya pernah mengandung anak bersama bekas kekasih yang dulu.

Dugaan datang apabila suami kemaIangan hingga k0ma, saat itu bekas kekasih datang untuk beri sokongan. Akhirnya kami hanyut dan terIanjur. Selepas 2 bulan k0ma, suami saya sedar..

#Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum semua warga facebook. Saya Ana berumur 39 tahun dan suami saya Ali berumur 40 tahun.

Saya kahwin dengan suami dah lebih 10 tahun namun kami tidak dikurniakan cahaya mata berkemungkinan suami saya manduI kerana saya pernah mengandungkan anak bekas kekasih saya tapi terp4ksa digugurkan kena keluarga dia tidak menerima saya dan dia pun sudah dijod0hkan oleh orang tuanya dan sekarang mereka dah ada anak seramai 6 orang.

Jadi sampai sekarang saya dan dia masih berhubung tapi hanya sebagai kawan. Kadang – kadang ada rasa cemburu bila isteri dia post muat naik gambar bahagia, saya rasa nak heboh pada satu dunia bagitau suami dia adalah bekas kekasih saya..

Suami saya pula seorang yang agak baiklah dik4takan, nafkah semua cukup, sebulan duit peribadi saya dia bagi RM2k. Yang lain – lain semua dia bayar, cuma masalah batin, bukan dia yang tak nak layan saya, tapi saya selalu menolak sebab suami tak mampu nak puaskan saya seperti bekas kekasih saya. Seringkali saya terbayang – bayangkan bekas kekasih saya tu sebab tu sebab dialah cinta pertama saya.

Kalaulah dia nak bernikah dengan saya, saya sanggup jadi isteri ke 2. Dia pun selalu bagi hint kalau dia masih suka dekat saya sebab bila saya selfie dan upload dia facebook. Dia akan bagi emoji love dan ini menyebabkan saya setiap masa upload gambar dan berharap emoji love dari dia.

Dugaan datang pada beberapa bulan yang lalu, bila suami balik kerja, suami mengaIami kemaIangan dan keadaan suami agak kritikaI dimana tuIang belakang suami patah, kepala pecah dan suami pun k0ma.

1 bulan lebih suami tak sedarkan diri, saya post gambar suami di facebook dan minta kawan – kawan doakan suami saya. Tiba – tiba bekas kekasih mesej untuk bertanyakan khabar.

Jadi kami berborak dan dia mendengar semuanya dan dia yang tenangkan saya. Sampailah satu masa dia ajak saya jumpa sebab dia kesian tengok keadaan saya yang tidak terurus. Saya tak makan minum sampai berat saya turun dari 69kg ke 50kg.

Saya membuat pilihan untuk berjumpa dia dan banyak benda yang kami borak sehinggalah dia mengadu yang dia tak pernah bahagia dengan isterinya.

Isterinya kuat meIawan, kuat kikis duit, asyik nak duit je, dan satu lagi, isterinya tak reti bergaya, umur 35 tapi nampak lebih tua dari saya. Katanya jauh beza dengan saya yang nampak terlalu muda dan saya jenis yang bersopan santun lemah lembut bila bercakap dan membuat dia tenang dengan saya berbanding isterinya yang kuat menjerit macam r4ksasa.

Pertemuan malam tu adalah pertemuan paling indah di mana kami saling meluah akhirnya kami terIanjur dan bukan di situ sahaja, mulai saat itu saya dan dia kerap jumpa dan kerap terIanjur.

Akhirnya masa tu kant0i dek isteri dia. Hubungan kami kant0i isteri dia malukan saya, m4ki saya macam – macam. Cakap saya murahan, bukan takat tu je, dia viralkan facebook saya, ig saya, no hp saya, dia viralkan semua chat kami, ex sudah delete chat tak sangka dia buat watsap web. Ya Allah, malunya saya, bila ada kawan – kawan saya baca lagiIah saya malu,

Saya tebalkan muka jumpa isterinya untuk minta maaf tapi isterinya malah menamp4r meIudah saya dan bukan tu je masa saya sujud dikaki isterinya memij4k kepala saya tapi saya sabar je min, saya nak dia delete je post tu, sampai hati dia buat saya macam ni.

Lepas tu, dia dah puas h1na pukuI saya, dia dah delete, saya berterima kasih min tapi dia cakap kalau saya kacau suami dia, nasib saya akan lebih teruk dari ni.

Saya pun berterima kasih dan saya pergi min. Sejak dari tu, kawan – kawan ramai yang unfriend fb saya, bila jumpa di luar, kawan – kawan buat muka benci tengok saya. Ya AIIah dugaan apakah ini.? Sampai saya kemurungan. Ex pun dah block saya dan saya tau mesti perempuan tu yang suruh.

Selepas dua bulan suami terlantar k0ma, akhirnya suami saya telah sedar, saya terus jumpa suami saya. Saya peIuk cium suami saya, saya minta maaf pada dia sebab banyak d0sa, tapi saya tak cerita pada suami tentang apa yang terjadi. Suami cakap dia sentiasa sayangkan saya dan maafkan saya.

Dan selepas keadaan suami agak pulih. Suami dah boleh pulang, saya pun jaga suami, saya ada tengok – tengok kehidupan ex di fb, tapi dia dah block saya, saya teringin nak call sebab nak tau keadaan dia macam mana, saya cari di di tempat kerja tapi dia mengelak dari saya. Dia dah tak sayang saya ke? Dan baru – baru ni saya rasa mual – mual munt4h. Saya ada chek rupanya saya positif pregnant.

Saya bagi tahu ex kalau saya pregnant tapi dia cakap itu bukan anak dia kerana masa kami bersama dia buang luar. Ya AIIah dugaan apakah ini?

Dia cop saya jenis melayan lelaki. Katanya kalau saya ada layan dia, tak must4hil saya layan lelaki lain. Ya AIIah saya tak ada layan siapa – siapa kecuali dia. Di sini saya nak minta pendapat. Apa perlu saya buat? Saya sayangkan kandungan ni, tapi saya tak nak suami tahu kalau saya hamil sebab ini bukan anak dia..

Komen Warganet :

Haney Nonie : Bila sudahh berkahwin, tiada kebahagian lain melainkan dengan rumahtangga dan suami kita sendiri. Mohon pada ALLAH…

Candy Tiara : Untung dapat suami dia dah la duit belanja RM 2k setiap bulan.. Suami selalu sayang dan maafkan pulak tu. Aku rase dia ni kena bom0h la, asyik bod0h je. Cuba cek dekat ustaz la. Suami baik kot tapi masih terbayang – bayang dekat bekas kekasih sampai ke sudah.

Khairunnisa Niesz : Dok buat benda terkutuk tu pastu tanya dugaan apa. Ehhhhh, mohon terus terang dengan suami. Jangan nanti anak tu lahir berbin/binti kan laki kau niaya weiiiii! Lagi – lagi kalau yang lahir tu perempuan. Tolong had4m hukvm tapi kalau dah hukvm z1na pun kau seb4t, tak heran la.

Mohd Hafiz Bin Hishamsudi : Sila bertaubat dan beritahu suami perkara sebenar. Lepaskan suami untuk cari wanita yang baik, bukan isteri derh4ka bernafsu sya1tan macam ko. Dan kembali la kepada ex ko. Agaknya siapa la ko ni. ko kata pernah viral, jap lagi mesti makcik bawang dapat jumpa siapa.

Sumber : mehbaca / twoekesah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *