Uncategorized

Ada je benda smua tak kena.Cuti panjang sebab ‘ramai nak datang rumah’, itulah petandanya! BFF dijempvt lIIahi dlm KemaIangan

“HARI jadi tahun ni adalah yang paling su.kar buat saya kerana rasa macam hiIang adik sendiri. Tiada langsung rasa nak celebrate, mungkin hanya d0a dititip dan ziarah ke kubvr dia.”

Demikian luah gadis ini dalam nada se.bak ketika bercerita mengenai pemer.gian sahabat baiknya, beberapa hari lalu.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul Shahira ini berkata, sahabat baiknya, Nur Qurratul Aini, 22, meninggaI dun1a selepas dilangg4r sebuah lori pada tanggal 2 November lalu.

Lebih pilu, dia tidak sempat menatap wajah sahabatnya buat kali terakhir sebelum dikebvmikan kerana bercuti bersama keluarga.

Mengimbas kembali tr4gedi piIu itu, gadis yang senang disapa sebagai Ira ini berkata, dia menerima perkhabaran duka mengenai pemer.gian sahabat yang dianggap seperti saudara kandung ketika dalam perjalanan pulang dari Cameron Highlands.

Sahabat baik Ira, Nur Qurratul Aini (kiri) meninggaI dunia dalam satu na.has jaIan raya pada 2 November lalu.

“Kalau nak diikutkan, rumah kami jaraknya dua, tiga minit je… kami sekampung. Nak dijadikan cerita, hujung minggu itu saya tengah bercuti dengan famili dekat Cameron. Hari arw4h Aini kemaIangan, ia adalah hari terakhir kami bercuti di sana.

“Masa dah bertolak pulang dari Cameron, ketika jalan tengah sesak te.ruk tengah hari tu, saya dapat call daripada kawan abang arw4h. Dia hantar gambar motor arw4h yang tersadai dan tanya ‘betul ke ini Aini?’.

“Saya terus call Aini tapi tak dapat, kemudian saya call abang dia. LuIuhnya hati bila abang dia beritahu, Aini sah kemaIang4n dan men1nggaI dun1a. Saya mera.ung dalam kereta dan keluarga saya terutama ibu se.dih sangat.

Berita kemaIang4n yang menimpa Aini turut dilaporkan media tempatan.

“Kami batalkan rancangan nak singgah tempat lain sebaliknya terus pulang ke Kemaman. Dalam perjalanan, semua diam sebab terlalu sedih,” ujarnya yang berusia 22 tahun.

Ira berkata, gara-gara aliran trafik ses4k tervk pada hari itu, dia dan keluarganya tiba di kampung mereka kira-kira pukul 1 pagi.

“Kalau nak tahu, sepanjang perjalanan saya menangis dan beberapa kali munt4h. Saya tak henti berdoa moga saya ada kesempatan nak tatap wajah arw4h sebelum dia dikafan dan dikebvmikan, namun apakan daya.

“Arw4h dikebumikan sekitar pukul 12 tengah malam… saya hanya lewat satu jam saja. Terkilan dan sedih sangat. Seperti AIIah tak izin saya jumpa dia. Mungkin nanti kalau berpeluang, saya tak dapat kawal rasa se.dih teramat.

Ketika sambutan ulang tahun kelahiran arw4h Aini (kiri) pada September lalu.

“Jadi saya reda walaupun hanya dapat tengok ‘rumah baru’ arw4h saja. Saya anggap ada hikmah yang AIIah aturkan,” katanya yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) di Universiti MaIaysia Kelantan (UMK).

Ira turut berkongsi beberapa insiden yang seolah-olah seperti petanda sebelum sahabatnya itu meninggaI dun1a.

“Tak tahu kenapa, hari arw4h men1nggal dun1a, dari pagi ada je semua benda tak kena berlaku masa kami bercuti. Secara kebetulan, saya, ibu dan adik pakai baju putih.

“Kemudian, ayah pula terjatuh bilik air. Selepas itu, perjalanan pulang kami ambil masa terlalu lama sampai tak sempat tengok arw4h.

Saya tertunggu-tunggu sebenarnya apa kejutannya masa birthday saya 8 November nanti. Tak sangka pemer.giannya adalah kejutan yang diberi.

NURUL SHAHIRA

“Kalau diingat semula, ada lagi benda yang bermain di fikiran. Sebelum kejadian, arw4h yang juga seorang guru tadika minta cuti panjang dengan pengetuanya dan beritahu ramai orang nak datang rumah.

“Pengetuanya ingat ada kenduri dan arw4h nak habiskan cuti tahunan. Rupa-rupanya memang betul dia ‘bercuti panjang’,” ceritanya lagi.

Berkongsi cerita mengenai persahabatan mereka pula, Ira berkata dia sudah mengenali arw4h sejak di bangku sekolah, namun mulai rapat ketika masing-masing tamat tingkatan lima.

“Lima tahun bersahabat namun tempoh itu sudah cukup buatkan kami akrab. Pergi ke mana-mana bersama, pakai baju pun sama, malah keluarga kami pun akrab sebab dah anggap masing-masing macam anak sendiri.

Hubungan akrab Ira dan Aini seperti adik beradik.

“Arw4h sangat baik, pandai ambil hati dan dia suka buat surprise. Saya tertunggu-tunggu sebenarnya apa kejutannya masa birthday saya 8 November nanti. Tak sangka pemergiannya adalah kejutan yang diberi,” katanya lagi.

Tidak menyangka perkongsiannya di aplikasi TikTok menjadi tular, Ira berkata dia sekadar mahu meluahkan kese.dihan terhadap pemer.gian arw4h dan mengimbas kembali momen-momen mereka bersama.

“AlhamduliIIah, saya terharu sangat ramai yang doakan dan sedekahkan AI-Fatihah untuknya.

“Secara tak langsung, saya cuba sampaikan mesej agar hargai sahabat masing-masing. Semurah mana pun gajet kita, tapi rekodlah video walaupun simple.

“Ia sangat bermakna kalau dia atau kita yang tiada lagi nanti. Selain kekal dalam ingatan, tapi kita juga boleh tengok momen-momen yang dirakam banyak kali. Dan paling penting, jangan malu mengaku perasaan sayang kepada mereka,” ujarnya lagi.

Sumber : mstar

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Sementara itu ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *