Hiburan Info

(video)”Baru ku tahu,sudah ku tahu” hahaha. Lahai mcm tu ke..

Perasan atau tidak, kalau kita selalu beli makanan secara ‘tapau’ kat luar atau di kedai-kedai makan, mesti dah banyak jumpa bermacam-macam jenis bekas ‘tapau’ kan?

Ada penjual guna bekas jenis polisterin, ada yang guna bekas plastik jernih berbentuk segi empat tepat, segi empat sama, bekas bulat (biasanya untuk aneka mi) dan sebagainya.

Bercakap tentang bekas makanan, pernah tak jumpa bekas yang mempunyai dua ruang yang bersebelahan? Ruang besar biasanya untuk nasi, manakala ruang kecil di sebelahnya untuk lauk. Kalau lauk tu berkuah, susah la nak ‘ceduk’ kuah tersebut untuk dimakan bersama nasi, lagi-lagi kalau tiada sudu.

Selalunya waktu nak tuang lauk, mesti kita akan gunakan sudu untuk mencedok kuahnya kan? Tapi tahukah korang, sebenarnya tak perlu sus4h-sus4h pun guna sudu.

Kita lipat saja ruang berisi lauk tu ke dalam ruang nasi, nanti lauk akan tertuang sendiri. Mudah, jimat masa dan tak perlu guna sudu. Tak percaya? Jom tengok ‘tutorial’ yang diajar oleh Cikgu Jie kat bawah ni.

Video:

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Sumber : TikTok jhieyna / sk

Leave a Reply

Your email address will not be published.