Selebriti/Artis

“Sy Kutip Barang2 Lusuh. Tpaksa Pakai Topeng Kerana Seg4n Kalau Ada Yg KenaI Saya” – Ropie

Di sebalik watak Nayan dalam filem pecah panggung, Hantu Kak Limah yang ditayangkan pada 2018 dan karakter Pak Kodi yang dilakonkan dalam sitcom Jenaka Kampung Kalut (JKK) sejak musim pertama, ada kisah getir dilalui pelawak, Ropie atau nama sebenar, Zahid Tajuddin, 54.

Anak jati Padang Rengas, Taiping, Perak ini betah melalui pengalaman jatuh bangun kehidupan, apatah lagi percaturan dunia seni yang diceburi sejak lebih dua dekad lalu.

Bagi Ropie, kesusahan hidup banyak mengajar menjadi lebih kuat dan dijadikan asbab untuk tidak terus selesa dengan apa yang dimilikinya sekarang.

” Era kejatuhan saya bermula dari 1999 hingga 2000 apabila kumpulan komedi, Cecupak dibubarkan. Ketika itu, saya benar-benar ‘sakit’.

Kutip barang lusuh, cukup buat beli susu anak

” Pernah, pada suatu ketika, saya terpaksa menyamar dengan memakai topeng untuk mengutip tin kosong dan menjualnya sebagai sumber rezeki.

” Selain tin, saya kutip bateri kenderaan terpakai dan surat khabar lama.

” Seharian menjadi pengutip barang-barang lusuh, saya dapat antara RM15 hingga RM20. Cukuplah untuk membeli susu anak yang masih kecil ketika itu.

” Saya terpaksa pakai topeng kerana segan jika ada orang kenal saya,” katanya kepada BH Online.

Ropie berkata, dia menjadi pengutip barang-barang lusuh setiap kali ‘sesak’ dan tidak cukup wang, ketika menetap di Klang, Selangor.

” Daripada duduk tidak buat apa-apa, saya ikhtiar serba sedikit mencari wang. Hakikatnya, selepas kumpulan Cecupak dibubarkan, saya hilang arah dan tertekan,” katanya.

Ropie menganggotai kumpulan Cecupak yang mencipta populariti pada akhir 1990-an bersama Allahyarham Pak Lah, Pak Jaih, Ucop dan Pian.

Arwh Pak Lah atau nama sebenar, Noor Affendi Nurdin meninggI dnia akibat k4nser usu.s, tahun lalu, pada usia 53 tahun.

Ropie berkata, idea mengutip dan menjual tin kosong datang daripada arwh ibu bapanya.

” Ketika itu, setiap kali ada masalah, saya balik ke Taiping. Pada suatu ketika, apabila saya pulang ke rumah ibu bapa, saya nampak ada seguni tin di depan pintu rumah.

” Rupa-rupanya, arwah ibu bapa saya kutip tin kosong untuk dijual. Jadi, tercetus idea untuk saya melakukan perkara sama demi meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Seawal usia 15 tahun, Ropie pernah bekerja di sebuah kedai menjual perabot di Taiping kerana mahu mencari duit poket sendiri.

 

Gambar: Ropie bersama Amir Raja Lawak

Kena cuIik dgn bnduan terlepas dari pnjara

Berkongsi kisah zaman remajanya, Ropie teringat insiden diculik seorang b4nduan yang terlepas dari pnjara.

” Ketika itu, saya naif dan lelaki terbabit yang dipercayai berusia 20 tahun, menjanjikan saya kerja yang lebih baik.

” Dalam kejadian itu, kaki dan tangan saya diikat dan dibawa ke sebuah kampung. Selain diikat, lelaki terbabit meIumurkan lumpur pada mulut saya.

” Namun, mujur saya tidak diapa-apakan,” katanya sambil menambah kes itu selesai apabila poIis datang membrkas lelaki terbabit.

Ropie berkata, kenangan bersama kumpulan Cecupak dianggap paling manis dan tidak dapat dijual beli.

” Saya mula jadi artis pada zaman kegawatan ekonomi pada 1997. Saya bersama teman-teman Cecupak menyertai program realiti, Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1998.

” Selepas program itu berakhir, kami tidak ditawarkan kerja atau ‘job’ serta-merta. Lagipun, ketika itu, kami bersaing dengan kumpulan pelawak popular, Senario,” katanya.

Namun, Ropie berkata, bersama Cecupak, mereka menjayakan sitkom tiga musim membabitkan 36 episod.

” Ketika itu, saya dibayar RM500 untuk satu episod. Jadi, setiap bulan ada empat episod, saya dapat RM2,000. Pada zaman itu, saya tidak boros, ke sana ke mari tunggang motosikal sahaja,” katanya.

Ropie berkata, selepas kumpulan Cecupak dibubarkan, tawaran membuat persembahan atau ‘job’ mula berkurangan.

” Ketika itu, saya masih mendapat tawaran melakonkan watak tambahan yang dibayar antara RM50 ke RM80 sehari. Ada masa, saya dapat RM100 sehari dan RM200 untuk seminggu,” katanya.

Namun, ketika bergelut menyara hidup, Ropie bersyukur didatangi teman-teman yang baik hati untuk menghulurkan bantuan.

” Allahyarham Hani Mohsin antara sahabat yang banyak berjasa kepada saya. Arwah banyak memberi peluang lakonan kepada saya.

” Sama juga dengan Arash Mohd. Pernah suatu ketika, apabila saya mendapat tawaran melakonkan watak pekerja pejabat, Arash tolong mendapatkan pakaian sesuai.

” Arash sanggup pinjamkan telefon bimbit jenis popular ketika itu kepada saya. Ketika itu, saya guna telefon bimbit terpakai yang tidak berfungsi dengan baik,” katanya.

Tambah Ropie, pelawak Ebby Yus juga menjadi antara kenalan yang sering mencadangkan namanya kepada syarikat produksi untuk diberi watak.

Dalam menempuh dugaan impak penularan COVID-19, Ropie tidak menyangka kisahnya pernah mengutip tin kosong, tular baru-baru ini, hingga ramai menyangka dia masih melakukan pekerjaan itu dan mahu menghulurkan bantuan.

” Selepas kisah saya kutip dan jual tin tular, baru-baru ini, ada pihak yang menghubungi saya untuk memberi sumbangan.

” Saya terangkan kisah yang dikongsi itu adalah pengalaman lama, bukannya sekarang,” katanya yang menghargai keprihatinan peminat terhadap dirinya.

Mengulas perkembangan terbaharu karier seni, Ropie berkata, dia baru selesai menjalani penggambaran filem Tamil produksi tempatan.

” Saya seorang sahaja pelakon Melayu yang terbabit dalam projek itu. Selebihnya, pelakon dan kru dalam kalangan kaum India,” katanya.

Ropie berkata, dia melakonkan lima watak dalam filem Tamil genre komedi seram itu.

” Saya melakonkan lima watak termasuk menjadi hantu dan jelmaan watak mendiang bintang legenda Bollywood, M Ramachandran.

” Apa yang mengujakan, pengarah dan syarikat produksi pilih saya selepas menonton lakonan saya dalam filem Hantu Kak Limah,” katanya lagi.

Kerjaya seni Ropie diuruskan isteri, Syrn atau mesra dipanggil Mama sejak enam tahun lalu.

Antara drama lakonan Mencari Datin pada 2014, Sketso (2015) dan Sekali Aku Jatuh Cinta (2016).

Sumber : thebolalive

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *