Info

“Kecil-kecil cili padi”. Muka comey tapi hati kering.Umur mcm ni tak gayat dengan ketinggian,dah besar nnti selamba je

“BER4NI juga adik ni.”

Itulah reaksi warganet apabila melihat video seorang kanak-kanak lelaki berada di sebuah platform yang tinggi.

Video yang dirakam oleh ibunya itu memaparkan kanak-kanak berkenaan bersiap sedia untuk melakukan aktivit ekstr3m iaitu flying fox.

Bercakap kepada mStar, Nadia Muslim, 28, berkata, mereka sekeluarga sudah lama merancang untuk ke zoo selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dia dan suaminya Zulklflee Arif, 32, membawa anak mereka, Rizqee Nadeen yang berusia dua tahun ke Zoo Melaka pada 22 Oktober.

“Sebelum sampai ke tempat flying fox itu ada pondok tempat berehat, kami duduk di situ sambil tengok orang lain lalu naik flying fox.

Nadia (gambar kiri) menemani anaknya selepas dia bergerak terlebih dahulu di bahagian hadapan.

“Suami tanya kaunter boleh ke budak umur dua tahun nak naik? Mereka kata boleh cuma ibu bapa kena jalan asing kalau nak teman anak.

“Saya just follow dari belakang sambil bagi semangat kepada Rizqee,” katanya yang merupakan anak jati Johor dan menetap di Segamat bersama keluarganya.

Lebih mesra disapa Nadia, katanya, Rizqee yang pada kebiasannya takut dengan orang luar itu langsung tidak menangis apabila berdepan dengan pekerja yang mengendalikan flying fox.

Sebaliknya Rizqee hanya tersenyum riang dan menunjukkan keinginan untuk melakukan lagi sekali aktiviti tersebut.

Rakaman video yang dimuat naik olehnya itu meraih lebih 200,000 tontonan di aplikasi TikTok.

“Sebelum suami ke kaunter kami tanya banyak kali pada Rizqee, betul ke nak naik flying fox? Dia mengangguk cakap nak.

“Kemudian kami tanya lagi, adik tak takut ke? Bila sampai atas nanti adik jangan nangis tau, adik lelaki kena kvat. Dia angguk dan give me five tanda setuju.

Rizqee (tengah) berkali-kali memberitahu ibu bapanya tentang keinginannya untuk bermain flying fox.

“Rizqee langsung tak merengek atau menangis apabila kena gerak terlebih dahulu ke platform flying fox di atas. Mungkin salah satu sebab dia steady dan cool je kerana abang-abang yang jaga di atas tu pandai layan budak kecil serta beri semangat.

“Anak saya belum pandai bercakap sangat, jadi dia cuma cakap best dan menunjukkan isyarat goodselepas dah sampai di bawah bersama ayah dan tok maknya,” katanya berseloroh.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata ini, dia berani untuk melepaskan anaknya untuk melakukanflying fox kerana aktiviti tersebut mempunyai peralatan kesel4matan yang lengkap.

Tambahnya lagi, dia merancang untuk memasukkan Rizqee ke dalam kelas seni mempertahankan diri memandangkan anaknya itu merupakan seorang kanak-kanak yang l4sak.

“Saya pesan pada dia untuk pegang kuat-kuat. Rizqee memang pegang tali tu kuat-kuat smpai ke penghujung.

Sebagai ibu bapa, kita jangan patahkan semangat anak walaupun mereka masih lagi kecil.

NADIA MUSLlM

“Rizqee ni memang suka tengok video askar training di YouTube, dia macam teruja ajak kita tonton sekali dan berkata adik nak.

“Kami merancang untuk masukkan dia dalam kelas taekwando atau silat kerana saya sendiri dulu bekas pesilat. Tapi tunggu dia besar sikit, sebab kebanyakan kelas tak nak terima budak umur dua tahun,” ujarnya yang mempunyai bisnes menjual kek dan kosmetik secara online.

Menurut anak ketiga daripada empat beradik ini, dia bersyukur terhadap segala komen positif pada video yang dimuat naik sebagai kenangan.

Nadia berharap agar ibu bapa di luar sana supaya sentiasa memberi sokongan dalam apa jua bidang yang anak-anak minat.

“AlhamduliIIah setakat ni tak ada komen yang negatif, semua sangat-sangat supportive. ada yang siap syorkan Rizqee untuk masuk ask4r atau k0mando bila dah besar nanti.

Nadia bercadang untuk memasukkan anakknya ke kelas seni mempert4hankan diri apabila dia dewasa nanti.

“Sebagai ibu bapa, kita jangan pat4hkan semangat anak walaupun mereka masih lagi kecil.

“Kalau boleh, sokong setiap minat positif anak. Sebab sokongan dan kata-kata semangat daripada ibu bapa adalah sangat penting untuk pupuk keber4nian anak,” katanya.

Sumber : mStar / trendinggiler

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *