Info

(Diulang “Babak Lama” kepada Umum) Terkilan,Jiwa Kacau Serta Rasa Malu Selaku Wanita dan Isteri Seakan-akan Tidak Dihormati.

Sebelum ini, pelakon Raja Farah mengakui berasa malu serta tidak dihormati sebagai seorang wanita dan isteri apabila seorang pelakon lelaki dipercayai menceritakan salah satu babak lakonan dalam filem Anak Halal yang telah membabitkan namanya.

Meskipun jiwanya terganggu, namun Raja Farah menganggap lsu berkenaan sudah selesai dan berharap agar perkara seperti itu tidak berulang kembali.

 

 

 

Akui jiwa agak tk stabil

Raja Farah turut mengakui bahawa jiwanya agak tidak stabil dengan apa yang telah terjadi, namun dia berada dalam keadaan baik kerana suaminya banyak memberi sokongan.

Jiwa saya agak tak stabil tapi saya sudah okay sekarang. Suami banyak bagi sokongan. Saya buat saja semua aktiviti harian saya. InsyaAllah.

Ujarnya lagi, dia masih tdak menerima sebarang permohonan maaf secara peribadi daripada pengacara program bual bicara berkenaan iaitu Khir Rahman walaupun permohonan maaf itu sudah dibuat di Instagram.

Sejujurnya, saya tak ada terima sebarang permohonan maaf daripada abang Khir tapi saya tengok dia ada cuba cari nombor telefon saya. Namun, dia tidak ada DM atau apa-apa.

Hanya daripada abang Fauzi dan isteri saja. Kalau abang Fauzi, dia ada DM saya dan memuat naik di Instagram. Bagi saya, lebih baik mohon maaf terus kepada saya.

Tk mahu panjangkan lsu

 

Pemilik nama Raja Farah Raja Aziz turut memaklumkan bahawa dia enggan memanjangkan isu berkenaan dan menganggap segalanya sudah selesai.

Sebenarnya saya tak ada nak komen sangat. Ini kerana secara asasnya perkara ini sudah selesai. Cuma, sudah tentu saya harap sangat perkara seperti ini tdak terjadi lagi kepada sesiapa.

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 33 tahun itu berharap agar selepas ini pihak yang terbabit akan lebih peka mengenai lsu-isu sensltif dalam menghasilkan kandungan.

Saya harap semua pihak yang terbabit dalam mana-mana program bual bicara akan lebih sensltif dalam menghasilkan apa-apa kandungan.

Sumber : obulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *