Info

“Modal kecik untung besar” Boleh cuba cara ni jana pendapatan lumayan.Kepada bakal pengantin,try benda ni..rare & jimat!

KUANTAN: Usaha seorang suri rumah di Beserah di sini menginovasikan roti jala membuahkan hasil apabila berjaya meraih pendapatan RM300 sehari.

Che Ku Shaherawati Che Ku Jusoh, 40, berkata, dia mengubah suai reka bentuk roti jala supaya nampak lebih menarik dan sesuai juga dijadikan bahan hantaran bagi majlis perkahwinan, pertunangan dan hari lahir.

Menurutnya, antara inovasi dilakukan daripada roti jala itu ialah dengan membentuknya seperti kuntuman bunga ros, hati dan kartun malah dalam bentuk Jalur Gemilang.

“Selepas mengubah suai reka bentuk roti jala ini, saya menerima banyak tempahan daripada orang ramai yang masing-masing menyatakan minat untuk dijadikan hiasan bagi majlis mereka.

“Saya sama sekali tidak menyangka usaha mengubah suai roti jala ini mendapat permintaan menggalakkan sehingga hampir 400 biji perlu disiapkan setiap hari.

Che Ku Shaherawati menunjukkan roti jala pelbagai warna yang ditempah pelanggan ketika ditemui di Kuantan.

“Ak!bat permintaan yang tinggi, ada kala saya terp4ksa menoIak kerana bimbang tidak dapat disiapkan mengikut tarikh dijanjikan sebab saya seorang sahaja yang bekerja,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya pada Isnin.

Ibu kepada empat anak itu berkata, penglibatannya dalam dunia perniagaan berasaskan makanan bermula sejak penularan C19 pada tahun lalu.

Malah, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Telekung Kuantan (STK) itu berkata, persatuannya terp4ksa menghentikan aktiviti amal menukar pakaian soIat di surau-surau sekitar Kuantan sejak Perintah KawaIan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu.

Bagi memenuhi masa lapang, suri rumah yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Kakak Telekung’ itu beralih ke bidang masakan dengan berniaga makanan.

“Saya akur dengan prosedur operasi standard (SOP) untuk kekal di rumah. Jadi saya mengambil peluang ini menyertai kelas masakan secara dalam talian dengan memfokuskan kepada membuat ‘roti jala jelita’ anjuran Cikgu Huda Ayob dengan bayaran RM20 sahaja.

“Saya memilih membuat roti jala kerana ia agak mudah untuk dihasilkan, selain modal agak rendah dan sudah membantu ibu membuat kuih serta tradisional termasuk roti jala sejak berumur 13 tahun,” katanya.

Dia yang juga bekas Penolong Kewangan di Indah Water Konsortium (IWK) Cawangan Pahang itu bersedia berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan berniaga ketika pandem!k C19.

“Cabaran berniaga tetap ada terutama peningkatan harga barangan seperti ayam dan minyak namun saya bersyukur kerana Dapur Kakak Telekung tetap mendapat sambutan pelanggan,” katanya yang fokus menjual secara dalam talian menggunakan aplikasi WhatsApp dan Facebook.

Sementara itu, Che Ku Shaherawati berkata, selain menghadiri kelas pendidikan jarak jauh (PJJ), dia juga membuat carian di internet dalam menghasilkan roti jala dengan varian warna dengan corak lebih menarik.

Katanya, roti jala sedap dimakan sama ada dengan kuah kari, sos coklat atau sos pandan mengikut selera pelanggan.

*Berita asal di Sinar Harian

Sumber : Aawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *