Ibadah Info

“Bapak” sanggup buat apa sahaja demi anak-anak selesa.Bila dah dewasa baIaslah jasa mereka.

Tukar Kereta Kecil Dan Jual Motor Kesayangan Demi Anak Sambung Belajar. Ayah Gembira Dapat Hadiah Dari Anak

“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa.” Begitulah yang dapat digambarkan mengenai pengorbanan Wan Razali Wan Mohd, 58, yang sanggup menjual motosikal miliknya demi menampung kos pengajian anak sulung ke sebuah kolej.

Selepas lima tahun berlalu, anaknya itu, Wan Aisyah, 23, membeli sebuah motosikal baharu keluaran SYM sebelum ia dihadiahkan kepada bapanya dalam satu majlis kejutan ringkas di kediaman mereka di Dungun, Terengganu pada 14 September lalu.

“Motor baharu itu dihadiahkan sempena hari lahir ayah pada 14 September. Saya nak balas jasa. Dulu ketika saya sambung pengajian dalam bidang Bahasa Inggeris di sebuah kolej di Selangor, ayah jual motor Honda EX5 miliknya.

“Bila ingat balik waktu itu, saya sangat terkejvt selepas dia jual motor. Ayah kata tiada siapa nak guna motor, tapi sebenarnya duit itu diberikan sepenuhnya kepada saya untuk sambung belajar.

“Selepas lima tahun barulah saya mampu nak beli motor baharu untuknya. AlhamduliIIah, ayah kata dia rasa bahagia dapat naik motor baharu,” ujarnya yang mesra disapa Aisyah.

Bercerita kepada mStar, Aisyah berkata hadiah itu tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan segala peng0rbanan bapanya.

Wan Razali (tengah) bergambar kenang-kenangan ketika perkahwinan Aisyah pada Mac lalu.

Imbas Aisyah lagi, bapanya bukan sekadar menjual motosikal miliknya, malah turut menukar kereta lebih kecil demi mengurangkan k0s perbelanjaan keluarga pada waktu itu.

“Pada waktu itu, ayah ada Perodua Alza, tapi ayah jual dan ambil kereta Axia sebab nak kurangkan kos. Ia bukan soal nilai, tapi keihklasan hati yang memberi. Bila kita bagi, ia makin berkat.

“Jadi bila saya dapat belikan balik motor untuk ayah, saya rasa puas hati. Selepas lima tahun, saya dapat berikan motor hasil usaha sendiri. Rasa macam tak sia-sia ayah jual motor dulu. Kalau dia boleh berk0rban, kenapa saya tak boleh berkorban?

“Ayah memang akan dahulukan anak-anak. Dia juga jenis tak suka susahkan orang. Dia pun dah lama nak beli motor baru, tapi dia tak beli pun. Dia asyik cakap saja. Pada saya, motor itu tak dapat pun balas jasa ayah, tapi sekurang-kurangnya saya gembira tengok dia bahagia,” kata Aisyah lagi.

Menurut Aisyah, bapanya bukan sekadar berk0rban dari segi kewangan, malah banyak memberi kasih sayang khususunya selepas kemat!an ibunya lima tahun lalu.

Aisyah bersyukur dapat memberi hadiah buat bapanya baru-baru ini.

“Mak men!nggal masa saya umur 18 tahun. Selepas saya habis belajar, saya bekerja dalam bahagian customer service di Putrajaya. Kemudian saya resign sebab nak balik teman ayah.

“Sejak itu saya mulakan bisnes jual produk makanan tambahan. Kemudian saya berkahwin pada Mac lalu dan menetap di Selangor. Jadi sekejap ada di sini, sekejap saya balik ke kampung,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Aisyah terharu apabila video kejutan motosikal untuk bapanya tular dan meraih perhatian ramai di TikTok.

Wan Razali teruja mencuba motosikal baharu pemberian anaknya.

Kata Aisyah, dia berharap video itu dapat memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk menghargai kedua orang tua selagi mereka masih ada.

“Pada saya, kalau ada RM50 sekalipun, kita tetap kena kongsi dengan keluarga. Ia bukan soal nilai, tapi keihklasan hati yang memberi. Bila kita bagi, ia makin berkat.

“Bila saya baca komen di TikTok, ramai sangat yang luah hasrat nak balas jasa ibu bapa mereka,” ujar Aisyah lagi.

Sumber : mStar / trendinggiler

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *