Semasa

“Pasangan Kekasih Dicekup” Ha…kan dah mendapat..cuba ikut saranan kan selamat.

Tumpat : Sebanyak 12 kompaun dikeluarkan p0Iis dalam Op Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) C19 Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa 2 yang dijalankan serentak seIuruh Kelantan semalam.

Dua individu dipercayai pasangan kekasih dikompaun RM2,000 setiap seorang atas kesaIahan tidak lengkap dua dos vak$in sebelum merentas negeri.

Pasangan berusia 44 dan 39 tahun itu ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Batu Melintang, Jeli, dekat sini, pada jam 12 tengah hari.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kedua-duanya dalam perjalanan dari Perak untuk ke Pasir Mas dengan alasan pulang ke kampung untuk berkahwin.

“Ketika diminta menunjukkan sijil vak$inasi menerusi aplikasi MySejahtera, mereka gagal mengemukakan bukti itu dan mengeluarkan k0mpaun RM2,000 setiap seorang.

“Mereka juga diarahkan berpatah balik namun berkeras untuk meneruskan perjalanan sebelum akhirnya akur dengan arahan pihak berkuasa (patah balik),” katanya kepada pemberita ketika melakukan pemantauan di Pantai Geting di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat.

Shafien berkata, sebanyak 10 lagi kompaun dikenakan kepada pengunjung Bukit Panau, Tanah Merah, dekat sini ketika menjalankan aktiviti pendakian di lokasi riadah itu pagi tadi atas ke$alahan sama.

“Na$ihat kepada semua penduduk, walau sudah dibenarkan rentas negeri serta daerah dan boleh berkunjung di tempat awam, SOP tetap kena patuh.

“Sebanyak 154 pasukan pemantau merangkumi semua Ibu Pejabat Poli$ Daerah (IPD) turun memantau termasuk ketua poli$ daerah masing-masing,” katanya sambil memberitahu dua unit dron digunakan untuk membuat pemantauan di Pantai Geting dan Pantai Irama, Bachok.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kemasukan kenderaan ke negeri ini agak tinggi daripada beberapa negeri di bahagian utara semenanjung iaitu menggunakan SJR Batu Melintang, Jeli.

“Kita dapati antara 15 hingga 20 peratus kenderaan dari Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak memasuki negeri ini berbanding negeri ini.

“Ia mungkin disebab.kan hari cuti negeri berkenaan sama dengan Kelantan, tambahan pula Selasa ini juga cuti umum (Maulidur Ra$ul) jadi mereka terus ambil peluang (balik kampung),” katanya.

LIHAT VIDEO

Sumber : hm

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh LIKE & FOLLOW kami di FB pageĀ Kisah Panass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *