Info Selebriti/Artis

“Beza kawan dan sahabat”. Dato Yusof Haslam Buktikan Persahabatan Selama Tiga Dekad Dengan Tanggung Semua Kos Rawatan Sarjan Misai

Bukti persahabatan tiga dekad, Yusof Haslam tanggung semua kos r4watan Sarjan Misai.

Siapa yang tidak mengetahui drama kepolisan, Gerak Khas terbitan Skop Production yang telah memasuki siri ke-19 sejak ditayangkan pada 1999, yang disiarkan di TV 2 sentiasa mendapat tempat di hati para penonton setianya.

Pada yang mengikuti drama tersebut, pasti sudah mengenali dengan watak Sarjan Hisham atau lebih dikenali dengan gelaran Sarjan Misai yang dilakon oleh pelakon A Galak.

Baru-baru ini, satu berita sedih dimaklumkan mengenai A Galak apabila beliau dikhabarkan telah dikej4r ke h0spital kerana diserang sak!t angin ahmar.

Yusof Haslam tanggung kos perub4tan

Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam, setelah mengetahui berita mengenai pelakon veteran tersebut, penerbit itu memaklumkan bahawa pihaknya mahu membiayai kesemua kos perubatan A Galak.

Bersahabat baik dah seperti keluarga

Menurut Datok Yusof Haslam, pelakon itu sudah dianggap seperti ahli keluarganya sendiri setelah hampir tiga dekat mereka menjadi sahabat dan sama-sama menjayankan drama bersiri Gerak Khas.

Dah ada perkembangan positif

Maklumat terbaru, difahamkan kini pelakon A Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad kini sudah menunjukkan tindak balas positif, namun menurut doktor memerlukan masa yang lama untuk kembali pulih sepenuhnya.

Semoga Sarjan Misai kembali sihat seperti sediakala, pasti masih ada peminat Gerak Khas yang merindukan penampilan tegas beliau dalam rancangan popular itu.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *