Semasa

Sanggup bergeIap,tidur berIantaikan batu.Wargaemas dijemput lIIahi seminggu sebelum terima kunci rumah baharunya

DIA teringin sangat tinggal di rumah baharunya itu sehinggakan sanggup pindah masuk walaupun terpak.sa tidur di atas lantai berbatu dan dalam keadaan bergeIap.

Namun, siapa sangka ajaInya tiba seminggu sebelum rumah tersebut diserahkan kepadanya secara rasmi.

Kelthom Samat, 73, disahkan meninggaI dunla pada Jumaat lepas (8 Oktober) selepas mengaIami cirit-birit selama beberapa hari.

Anak sulungya, Laila Abdul Rahman, 56 berkata, ibunya yang mesra dipanggil Mek itu sebelum ini menoIak untuk tinggal bersamanya dan berkeras untuk tinggal di rumah yang sedang dalam proses pembinaan itu walaupun ia bermakna dia terpaksa hidup dalam kegeIapan.

Jelasnya rumah yang dibina badan bukan keraja.an MyFundAction dibawah projek Rumah Impian itu, dibangunkan di tapak asal rumah Mek yang terbakar pada 10 Mac lalu akibat lintar pintas.

“Masa Mek masuk rumah tu lantai berbatu tak bersimen pun lagi, dinding tak plaster, tingkap tak pasang, elektrik pun tak ada.

“Tapi Mek berkeras nak duduk rumah tu sebab rumah tu dibina atas tapak rumah asal yang juga tanah hasil usaha dia dengan arwh ayah yang telah lama meninggaI disebabkan Tibi.

“Akak sempat teman dia tidur atas tanah ni, nasib ada tikar orang bagi teman dia sebab dia nak sangat duduk sini jadi kita pakai pelita,” katanya yang menetap di Felda Palong 2, Gemas, Negeri Sembilan.

Mek meninggaI aki.bat cirit birit.

Menurut Laila, ibunya bagaimanapun sempat merasa tinggal di rumah yang telah siap sepenuhnya selama empat hari sebelum meninggaI di rumah terbabit.

Rumah baru Mek dibina di atas tapak asal rumahnya yang terbakar Mac lalu.

Laila yang ditemui sewaktu majlis penyerahan kunci pada Khamis, 14 Oktober berkata, dia sedikit terkiIan ibunya tidak menerima sendiri kunci rumah dua bilik yang dibina dengan kos mencecah RM50,000 ini.

“Rasa se.dih sangat sebab Mek dah semangat nak duduk rumah baru tu tapi tak sempat terima kunci.

“Dia dah buat majIis d0a seIamat, makan-makan walaupun rumah tak lengkap lagi,” katanya.

Mek tidak sempat hadir ke majlis penyerahan kunci rumah terbabit yang diadakan semalam.

Kini, Mohamad Hasim Mohamad Hesan, 30, cucu yang menjaga Mek ketika masih hidvp memikul tanggungjawab menjaga rumah tersebut bersama lima anaknya.

Sementara itu pengurus Projek Rumah Impian, Lenny Noor Diana, 30, rumah tersebut dijadualkan siap sepenuhnya pada Jun lalu namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, rumah tersebut tak mampu disiapkan tepat pada waktunya.

Sumber : m star

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *