Info

(Video) Jalan Utama yang menghibungkan Kuala selangor-Sabak Bernam dilinangi air pasang besar

TANJONG KARANG: Fenomena air pasang besar mengakibatkan Jalan Persekutuan di Pekan Tanjong Karang dilimpahi air pada pagi Jumaat.

Rakaman tular di Facebook menunjukkan kegiatan seharian penduduk tidak terg4nggu meskipun air laut melimpah sehingga ke jalan raya.Menerusi video itu dapat dilihat keadaan limpahan air pasang besar masih dalam keadaan terkawal dan tidak berbhaya.

Dalam video yang tular itu juga terpapar rakaman seorang penunggang terp4ksa menyorong motosikalnya meredah limpahan air laut.Bagaimanapun, beberapa kenderaan lain seperti kereta, pacuan empat roda dan van meneruskan perjalanan seperti biasa.

Kejadianlimpahan air laut dari pantai berhampiran akibat air pasang besar dipercayai berlaku hampir setiap tahun, bagaimanapun tidak membahayakan.Saliran longkang yang penuh tidak mampu menampung lebihan air menjadi punca limpahan air ke jalan raya.

Seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama, Haji Papan Lapis menasihatkan pengguna jalan raya supaya menangguhkan perjalanan sementara menunggu air surut yang dijangka pada tengah hari Jumaat.”Jangan p4ksa redah air pasang besar (bimbang) kereta r0sak yang menyebabkan kos lain untuk baik pulih,” katanya menerusi ruangan komen video terbabit.

Sumber: Sharian / Astroawani

Semoga penduduk tanjong karang tabah menghadapi ujian.Diharapkan ada penyelesaian menangani masalah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *