Info

Alahai kesiannya kau babi..Tuan tinggalkan lari sampai kebuluran babi ni. Mujur jiran-jiran pemurah baik hati.Tapi kasihan jiran2 yang musl!m..

SEBERANG PERAI – Penduduk sebuah kawasan perumahan di Tasek Mutiara, Nibong Tebal di sini gus4r selepas bekas penyewa sebuah rumah teres dua tingkat didakwa meninggalkan dua ekor babi peliharaan di dalam pagar rumah sejak Jun lalu.

Perkara itu bagaimanapun dikatakan hanya disedari penduduk sejak bulan lalu selepas ternampak haiwan berbulu hitam dan putih berkenaan.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ima berkata, mereka berasa kurang senang dengan situasi itu kerana mengot0rkan persekitaran, apatah lagi haiwan berkenaan dibiarkan kelaparan sejak penyewanya berpindah keluar.

“Walaupun tidak setuju dengan tindakan membela babi di kediaman, tapi jiran terp4ksa beri mereka makan kerana kasihan.

“Aduan telah dibuat kepada pihak pengurusan, tetapi haiwan itu masih berada di kawasan rumah itu sehingga kini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ima yang dua tahun tinggal di kejiranan itu berkata, dia difahamkan wakil Majl!s Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah tampil ke rumah tidak berpenghuni itu semalam selepas menerima aduan.

“Saya difahamkan, notis sam4n dikeluarkan kepada pemilik rumah dan diberi tempoh tiga hari untuk pindahkan babi itu.

“Saya harap MBSP memindahkan haiwan itu sekiranya pemilik enggan berbuat demikian keranan ia menjejaskan kawasan kejiranan ini yang masyarakatnya majmuk,” katanya lagi.

VIDEO

Rata-rata warganet sangat kaslhan akan nasib maIang haiwan itu.

 

Namun, 8jam lalu ada yg mengatakan bahwa haiwan itu telah tiada dirumah tersebut.

Sumber : k online

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *