Info

“Berpantang Ma.ut Sebelum AjaI”. Tolong ambil tahu info ini sekiranya anda ingin mandi-manda di sungai pada hujung minggu

Kuala Lumpur: Kawasan rekreasi dan ekopelancongan yang mempunyai air terjun dan sungai kini kembali menjadi tumpuan ramai sebaik sahaja prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilonggarkan bagi beberapa negeri termasuk di Lembah Klang.

Namun, dalam keterujaan bermandi-manda di kawasan rekreasi berkenaan, ada yang alpa terhadap aspek kesel4matan menyebabkan isu kes lema$ di sungai dan air terjun menjadi bahan berita saban hari.

Antaranya, di Hulu Selangor sahaja, sudah ada dua ke$ terper4ngkap di sungai akibat fenomena kepala air iaitu pada 17 September dan 19 September lalu.

In$iden itu membabitkan tujuh orang lelaki di Sungai Kedondong, Batang Kali dan seorang lelaki terper4ngkap selama kira-kira 20 minit di seberang sungai dekat Jalan Batang Kali-Genting.

Susulan daripada itu, Jabatan B0mba dan Penyel4mat Malaysia (JBPM) Selangor mengenal pasti lapan lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai dan mengistytiharkan sebagai kawasan berisik0 berlaku anc4man fenomena kepala air terutama ketika musim hujan di Hulu Selangor.

Namun, masih ada yang mencvri-cvri menyel!nap ke dalam hutan untuk beriadah di kawasan air terjun seperti yang dilaporkan oleh media tempatan pada Selasa 28 September lalu.

Dalam lap0ran itu, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menahan 56 orang individu yang mendaki Air Terjun Setinggi, Hutan Simpan Serendah tanpa kebenaran pada 25 September lalu.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (Nahrim), Datuk Dr Md Nasir Md Noh ketika memberi pandangan mengenai fenomena kepala air berkata, kebanyakan kawasan sungai di Malaysia berisik0 tinggi untuk berlakunya fenomena sedemikian, terutamanya ketika hujan lebat.

“Apatah lagi dengan perubahan iklim yang sedang melanda dunia termasuk negara kita sekarang, yang menyebabkan perubahan iklim berlaku dengan ek$trim dan sukar dijangka. Mungkin kita lihat pada tengah hari cuaca baik tetapi ia boleh berubah dalam sekelip mata dengan taburan hujan yang tinggi.

“Rujuk kepada ramalan cuaca sebelum merancang kunjungan ke kawasan ekopelancongan bersama keluarga. Bersedia dengan peralatan kesel4matan dan kenal pasti kawasan dikunjungi berisik0 ataupun tidak,” katanya ketika sesi webinar Fenomena Kepala Air Dalam Kawasan Ekopelancongan anjuran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Md Nasir, kejadian kepala air berlaku apabila tanah yang lemah mendapat beban atau diganggu dan tepu dengan air, mengalir ke cerun sebagai tindak balas graviti apabila hujan lebat.

“Kebiasaannya, aliran puing ataupun debris flow ini bermula dari hulu di kawasan pergunungan, mempunyai halaju (hala laju) yang tinggi iaitu 14 hingga 15 meter sesaat terutamanya di kawasan ekopelancongan, dan menyebabkan perubahan morfologi signifikan di sepanjang dasar sungai dan lereng gunung.

“Apabila fenomena kepala air berlaku, ia akan membawa kepada ker0sakan harta benda dan kehil4ngan ny4wa seperti mana yang berlaku di Gunung Jerai, Kedah pada 18 Ogos lalu,” katanya.

Beliau menambah, kebiasaannya, fenomena kepala air boleh dikesan melalui beberapa tanda awal, antaranya perubahan warna air daripada jernih kepada gelap atau kehitaman, aliran air tenang bertukar deras selain sampah-sarap berkumpul di satu tempat.

“Kepala air ini dalam lima hingga 10 minit boleh naik satu hingga dua meter, air daripada dua meter sesaat boleh naik sehingga 10 meter sesaat, sangat laju.

“Adakalanya akan kedengaran bunyi letupan kuat, sama ada akar pokok tidak stabil, menyebabkan tanah pecah dan pokok tumbang. Apa yang berlaku kemudiannya kayu dan sisa akan menuju ke arah mereka.

“Jika terdengar bunyi letupan kuat ataupun apa-apa bunyi kuat luar biasa ketika bermandi-manda di sungai atau air terjun, segera tinggalkan kawasan sungai itu demi keselamatan,” nasihat beliau.

Nahrim, menurut Md Nasir sedang mengkaji keberkesanan teknologi Empangan Sabo yang digunapakai di luar negara seperti Jepun, Indonesia, Nepal dan Filipina sebagai struktur mitigasi bencana kepala air dan pencegahan hakisan di kawasan-kawasan berisiko tinggi.

“Kami turut berhubung dengan Kedutaan Jepun dan Institut Pendidikan di Jepun untuk membantu mengenal pasti kawasan sesuai untuk dipasang. Setakat ini, dua kawasan yang dicadangkan iaitu di kaki Gunung Kinabalu, Sabah dan Yan, Kedah.

“Antara kelebihan pemasangan Empangan Sabo adalah mengawal aliran kayu, batu dan sedimen, menstabil tebing dan dasar sungai, memelihara cerun dan biodiversiti serta untuk kesel4matan setempat.

“Faktor pemilihan lokasi pembinaan Empangan Sabo adalah alur sungai relatif yang lurus dan lebar, tebing sungai yang tinggi dan kebolehupayaan tanah yang baik,” katanya.

Dr Md Nasir berkata, Pelan Pengurusan dan Pemantauan secara bersepadu dalam pengurusan kejadian kepala air perlu diwujudkan di Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri bagi menangani fenomena itu dengan berkesan.

Antara tindakan yang disyorkan menerusi pelan ini adalah memasang papan tanda amaran kejadian kepala air, sistem ramalam dan amaran secara real-time serta sistem pemantauan sensor pergerakan tanah dan CCTV bagi pengesanan awal di kawasan kritikal.

“Selain itu, perlu dibangunkan Debris Flow Forecasting and Warning System dan mewujudkan kumpulan pasukan petugas untuk memantau kejadian kepala air,” katanya, sambil menambah, kaedah pelan pencarian, menyelamat serta pemindahan semasa kejadian kepala air perlu disediakan mengikut kepentingan dan kesel4matan pelancong serta penduduk setempat.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyarankan pembinaan lorong kecemasan untuk pengunjung melarikan diri dari kawasan sungai atau air terjun yang berlaku kejadian kepala air serta perkongsian data dengan kerjasama pelbagai agensi.

Sementara itu, Pengurus Program Pemuliharaan Sungai, Pusat Alam Sekitar Global (GEC), Dr K Kalithasan ketika dihubungi Bernama berkata, kejadian kepala air akan menjadi lebih bvruk sekiranya sungai dan kawasan ekopelancongan dipenuhi dengan sampah sarap.

Sumber : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *