Info

“Perdaya org cara lic!k” Memang beng∆ng lah kalau terkena macam ni.

BENG4NG dan sak!t hati… itu yang dirasakan Datuk Hattan apabila namanya digunakan individu tidak bertanggungjawab bagi memperd4ya orang ramai.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 57, menyedari identitinya digunakan s1ndiket pen1puan dengan tujuan meminjam wang daripada kenalan di aplikasi WhatsApp.

“Saya dapat tahu perkara ini selepas salah seorang kawan bertanya sama ada betul atau tidak saya mahu meninjam wang daripadanya… saya kata tidak ada. Dia cakap mesej yang dia terima itu menggunakan gambar saya.

“Dari semalam saya sakit hati tak sangka jadi m4ngsa seperti ini,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Hattan menerusi Instagram mended4hkan dia menjadi m4ngsa s1ndiket pen1puan setelah indentitinya digunakan penyamar untuk meminta wang daripada kenalan rapatnya.

Hattan berkata, dia sudah membuat lap0ran p0lis selepas mendapati aplikasi komunikasi WhatsApp sudah dicer0boh pihak berkenaan.

“Saya baru balik dari balai buat laporan p0lis kerana telefon saya kena hack. Mereka guna nama dan gambar saya.

“Habis semua kawan-kawan saya terima mesej dari satu nombor telefon yang menggunakan muka saya mahu pinjam duit. Tapi saya dah maklumkan kepada semua tentang scam ini,” katanya.

Dari semalam saya sak!t hati tak sangka jadi m4ngsa seperti ini.

DATUK HATTAN

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi Gadis Jolobu ini turut menyarankan orang ramai supaya menyemak lebih teliti apabila menerima mesej untuk meminjam wang biarpun daripada individu dikenali.

“Kadang-kadang dalam keadaan yang sibuk kita tidak fokus… jadi apabila ada orang mesej macam itu kita akan terus beri bantuan.

“Saya juga disarankan oleh pihak polis untuk memuat turun aplikasi Semak Mule di telefon supaya bila ada nombor yang tidak dikenali, kita boleh semak siapa yang menghubungi kita,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *