Uncategorized

Ibu Tlada Brsama. Adik Sarungkan Cincin Tunang Ke BakaI KakakIpar

Setiap kali cuti hujung minggu ataupun cuti-cuti umum, pasti akan ada diantara kita yang melangsungkan pernikahan ataupun pertunangan.

Walaupun ketika ini majlis-majlis tersebut tidak boleh diadakan secara besar-besaran, namun kehadiran ahli keluarga kedua-dua belah pihak dalam kuantiti yang sedikit sudah memadai.

Adik sarungkan cincin tunang ke bakal kakak ipar

Biasanya untuk majlis pertunangan, ibu ataupun  wanita dewasa yang lebih berusia dalam keluarga yang akan menyarung cincin ke jadi gadis pilihan.

Namun, berbeza dengan perkongsian Muhammad Ihsan di aplikasi TikTok apabila memuat naik video adik perempuannya pula yang menyarung cincin ke jari bakal isteri sebagai tanda gadis tersebut sudah dimiliki.

Situasi comel itu mendapat perhatian ramai kerana ia jarang berlaku. Dapat dilihat kanak-kanak perempuan tersebut sedikit malu-malu untuk menyarungkan cincin ke jari bakal kakak iparnya sambil diperhatikan ahli keluarga yang lain.

Wakilkan untuk arwah ibu

Menjengah ke ruangan komen, beberapa warganet memaklumkan yang situasi tersebut berlaku disebabkan ibu kepada lelaki berkenaan sudah tiada dan adik perempuannya diberi penghormatan untuk meneruskan urusan  terbabit.

Walaupun tiada sebarang penjelasan daripada pengguna TikTok itu, namun Muhammad Ihsan dilihat meninggalkan ‘tanda suka’ di komen yang memaklumkan hal sebenar.

Bagus beri penghormatan kepada adik

Aku ingat mak mertua dia kecil

Ni mesti satu-satunya adik perempuan bongsu

Comel adik sarungkan cincin ke jari kak ipar

Mesti adik ketar kan

Sumber : omm

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *