Ibadah

Dua2 Kerja AmaI. Pmuda Ini Pernh Dpt 2pnggiIan Srentak. Mana 1 Agaknya Yg DidahuIui?

MELAKUKAN dua pekerjaan dalam satu masa merupakan perkara yang agak biasa pada ketika ini, termasuklah bagi pemuda bernama Muhamad Hafiz Alias.

Namun apa yang membezakan pemuda ini dengan mereka yang melakukan dua kerja untuk meraih rezeki adalah jenis pekerjaan yang dilakukan.

Pemuda berusia 30 tahun ini memilih untuk menjadi sebahagian daripada team pngurusan jen4zah merangkap penangkap ular dalam masa yang sama.

Lebih ‘rare’, kedua-dua pekerjaan tersebut adalah kerja amaI untuk membantu mereka yang memerIukan.

“Sebelum ini saya bekerja di Taman Ular Perlis sejak hampir empat tahun lalu. Dalam masa yang sama sejak pndemik meIanda, saya menjadi sukareIawan untuk menghantar jen4zah pesakit Covld-19 ke tanah prkuburan.

“Namun dua minggu lalu saya ambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan di Taman Ular. Jadi ketika ini saya buat kerja amaI secara persendirian tanpa terikat dengan mana-mana majikan.

“Jen4zah pesaklt Covld-19 sudah diuruskan pihak hospital, dan tugas saya adalah untuk hantar ke prkuburan. Saya tak terlibat dalam urusan menyempurnakan jen4zah tersebut.

“Namun saya terlibat dengan pngurusan jen4zah biasa. Ada masanya team pengurusan jen4zah di Perlis panggil untuk minta bntuan sama ada dari segi urusan memandikan, mngkafankan dan hantar ke kvbur,” kata anak jati Arau, Perlis ini.

ular baru 1

Muhamad Hafiz sentiasa bersedia menerima panggilan daripada mereka yang memerlukan bantuannya untuk menangkap ular.

Banyak berkongsi video dan gambar di TikTok ketika melakukan dua pekerjaan tersebut, Muhamad Hafiz turut berkongsi pengalaman yang mana dia pernah menerima dua panggilan untuk menangkap ular dan menghantar jen4zah pada masa sama.

“Mujurlah masa tangkap ular tu tak ambil masa lama. Selepas selesai, terus bergegas menghantar jen4zah pula,” kata anak kedua daripada lima beradik ini.

ular baru 2

Muhamad Hafiz pernah terlantar koma selama dua minggu kerana dipatuk ular tedung selar pada 2019.

Bercerita mengenai kemahirannya menangkap ular termasuk spesies berbisa seperti tedung selar dan ular senduk, Muhamad Hafiz berkata dia mewarisi iImu tersebut daripada bapanya.

“Ayah saya dulu pernah bekerja di Taman Ular dan selalu bantu tangkap ular. Jadi kemahiran itu menurun kepada saya pula. Hanya saya seorang saja dalam adik beradik yang mewarisi kemahiran ini,” katanya yang terkenal dengan nama jolokan Hafiz King di sekitar Perlis.

Bercerita serba sedikit mengenai pekerjaan yang berisiko tinggi itu, Muhamad Hafiz berkata dia tidak mengamalkan ilmu khusus sebaliknya hanya menguasai teknik dan sifat ular.

Sepanjang terlibat dengan ular, dah sembilan kali saya kena patuk… dua daripadanya hampir meragut nyawa saya.

“Ular yang masuk rumah orang seperti tedung selar ni memang ‘dia’ suka lari sebab liar… jadi susah nak tangkap. Saya cuma tarik perhatian, cuba main-main dulu bagi dia hilang stres. Bila dia angkat kepala dan tegak, masa itulah sambar lehernya,” kongsinya.

Sungguhpun sudah mempunyai pengalaman mengendalikan ular selama beberapa tahun, Muhamad Hafiz tidak terkecuali menjadi mangsa patukan reptilia itu.

“Sepanjang terlibat dengan ular, dah sembilan kali saya kena patuk… dua daripadanya hampir meragut nyawa saya. Masa dipatuk pada 2017, saya masuk hospital juga.

urus jenazah

Muhamad Hafiz melakukan kerja amaI sebagai salah seorang team pengurusan jen4zah di Perlis.

“Tapi paling tak boleh lupa, kejadian pada 2019 di mana saya dipatuk ular tedung selar sehingga koma dua minggu di hospital. Nak kata serik, awal-awal tu serik juga.

“Tapi bila fikir balik, ramai yang memerlukan bantuan dan libatkan nyawa mereka juga. Bila dapat panggilan minta tangkap ular, seboleh-bolehnya saya akan cari sampai jumpa. Sebab kita bimbang, kalau tak jumpa ular, nyawa penghuni dalam bahaya.

“Selepas jumpa, saya lepaskan ke habitatnya yang jauh dari rumah orang. Dua kerja yang saya buat ni memang kena standby selalu sama ada tengah malam atau awal pagi. Penat tapi bila ingat nawaitu asal, penat tu hilang. Selagi saya sihat, selagi itulah saya akan cuba bantu,” akhirinya.

VIDEO

Sumber : mstar

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *