Dunia Info

(video)”Rahsia AIIah” Ribuan burung pipit tiba-tiba jatuh dan mat!.

Sejumlah ribuan burung pipit didakwa gugur ke Bumi ‘menghujani’ sebuah kawasan tanah perkvburan di Banjar Sema Pring, Bali pada Khamis baru-baru ini.

Fenomena aneh tersebut disaksikan oleh seorang penduduk, Kadek Sutika yang ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke rumah kawannya sekitar pukul 8 pagi.

Jelas Kadek, yang anehnya ketika itu, hujan turun dengan lebat secara tiba-tiba sebelum disusuli kejadian ribuan jumlah burung pipit yang jatuh dari udara.

“Saya tengok kat kawasan kubvr, ramai budak kecil dah ambil burung-burung tu. Saya lihat ada banyak burung kat bawah pokok, ada yang mat!, ada yang masih hidup.

“Banyak sekali yang jatuh dan mat!, jumlahnya lebih seribu,” katanya, memetik laporan Kompas.

Dalam pada itu Kadek berkata, burung-burung tersebut sering bertenggek di atas dua batang pokok berhampiran dengan tanah perkubvran itu sejak lima hari sebelumnya.

Sementara itu, fenomena aneh tersebut dimaklumi Ketua Jabatan Kesihatan Haiwan Wilayah Gianyar, Made Santiarka dan beliau mengesahkan bahawa jenis burung berkenaan ialah pipit.

Difahamkan, sejumlah bangkai burung pipit itu telah dibawa ke makmal sebagai sampel bagi tujuan diagn0sis dan si4satan selanjutnya.

Made berpendapat, antara punca kejadian adalah kerana faktor cuaca yang ekstrim iaitu hujan lebat dan angin kencang hingga burung berkenaan tidak mampu bertahan sebelum lem4h dan terjatvh.

“Kerana hujannya terlalu lebat, kan jelas ada tekanan udara yang rendah. Dengan rendahnya tekanan udara ini (maka) burung-burungnya enggan lari (selamatkan diri).

“Mereka bertahan saja, diam dan basah kuyup. Itu menyebabkan mereka sak!t dan mati dan memang kekuatan burung itu berbeza dengan kekuatan lainnya,” katanya.

Jelas Made, cuaca ekstrim yang dimaksudkan adalah tempoh peralihan musim dari musim kemarau ke musim hujan lebat yang melewati kini.

Bagaimanapun difahamkan, masih ada sejumlah burung pipit itu yang berjaya bertahan hidup kerana dapat sinaran cahaya matahari selepas kejadian tersebut.

Dalam masa sama, Balai Konservasi dan Sumber Daya Alam Bali mengesahkan, punca sebenar kejadian belum dapat dikenal pasti dan masih dalam sias4tan pihak mereka.

Sumber : sk

Leave a Reply

Your email address will not be published.