Info

(video) MemangCanggih….macam ni barulah dapat beri bantuan kepada yang betul-betul memerlukan..kalau tidak,ada je yang ambil kesempatan

Pada zaman moden hari ini, terdapat pelbagai cara yang lebih mudah untuk kita bersedekah. Tidak hanya memudahkan si pemberi sedekah, malah si penerima yang bergelar asn4f pun sama.

Mungkin ramai pernah dengar tentang mesin ATM beras. Mesin unik ini dilengkapi dengan fungsi yang hampir sama dengan mesin ATM di bank. Biasanya ia digunakan untuk urusan pemberian beras kepada golongan asn4f di tempat tertentu.

Seperti yang dikongsikan di TikTok KamiAda baru-baru ini, sebuah mesin ATM beras telah diletakkan di M4sjid Al-Akram, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Menariknya, mesin ini berfungsi dengan menggunakan sejenis kad khas.

Difahamkan, setiap asn4f yang tampil untuk mem0hon bantuan beras, mereka akan diberikan kad khas tersebut sebelum menggunakannya pada mesin ATM beras itu.

Menurut perkongsian individu dalam video ini, cara penggunaannya amat mudah. Kad khas itu hanya perlu disentuh di kawasan imbasan pada mesin tersebut. Sekali imbas, beras akan keluar empat kali berturut-turut dengan kuantiti satu kilogram sekali keluar.

Ini bermakna, setiap asn4f yang memerlukan beras, mereka akan membawa pulang empat kilogram beras yang dibungkus dalam plastik, mungkin stoknya cukup untuk satu tempoh tertentu. InsyaAIIah.

Jom kita tonton video yang dikongsikan oleh TikTok KamiAda seperti di bawah ini. Kemudian, kita baca pula penerangan tentang bagaimana kaedah untuk orang awam menyvmbang pada mesin ATM beras tersebut.

Macam mana nak menyumbang?

Sudah namanya pun mesin canggih, maka tentulah terdapat pelbagai fungsi yang bersamanya. Ramai yang bertanya, macam mana pula untuk mereka menyumbang di mesin ini?

Pada mesin ATM beras ini terdapat satu tabung khas untuk penderma memasukkan sejumlah wang ke dalamnya. Difahamkan, tabung mesin ini akan dibuka sekali setiap sebulan.

Daripada w4ng yang terkumpul dalam tabung itulah, pihak m4sjid yang menguruskan mesin ini akan menggunakannya untuk membeli stok beras tersebut. Mudah saja kan?

Selain itu, M4sjid Al-Akram ini juga sangat mesra masyarakat. Bukan hanya ada mesin ATM beras semata-mata, malah di m4sjid ini juga turut terdapat sebuah gerobok khas menempatkan barangan keperluan asas.

Inisiatif sumbangan pantas melalui kaedah gerobok khas ini sangat bermakna buat mereka yang dalam ‘kesesakan’, apatah lagi ditambah pula dengan inovasi baharu mesin ATM beras.

Usaha pihak m4sjid ini dalam memperkasakan bantuan buat masyarakat amatlah dipuji. Tidak kurang juga, video ini turut mendapat pujian daripada netizen, rata-rata mereka kagum dengan inisiatif dan inovasi yang dijalankan.

Justeru, bagi sesiapa yang bermurah hati untuk menderma, sumbangan boleh disalurkan melalui nombor akaun 140 140 100 23809 (Bank Isl4m) atas nama M4sjid Al Akram Datuk Keramat.

Sumber : sk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *