Info Semasa

Ujian getir buat pesawah musim ini.seluas 6 ribu hektar bendang r0sak gara-gara ulat batang

Sungai Besar: Pesawah di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor kecew4 apabila 6,000 hektar tanaman padi terjej4s selepas mengalami mas4lah ser4ngan ulat batang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor Ir Izham Hashim berkata, serangan menyebabkan kira-kira 1,700 kawasan di dua mukim iaitu Sungai Panjang dan Bagan Terap terjej4s tervk, pada musim tanaman padi kali ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri mengambil langkah awal termasuk memperuntukkan RM1 juta bagi mengawal ser4ngan terbabit.

“Kita dapat mengawal kira-kira 70 peratus sawah terjej4s yang dilaksanakan secara berperingkat kecuali pesawah yang mengalami ker0sakan sawah terlalu serivs,” katanya, hari ini.

Izham ditemui pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Koperasi Wawasan Tani, Simpang Lima, di sini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin.

Sehubungan itu, beliau berkata, pemantauan dilakukan secara berterusan untuk memastikan mas4lah sama tidak berulang kembali.

“Antara langkah yang dilaksanakan termasuklah melakukan penambahbaikan dari segi raw4tan tanah, penggunaan baja organik dan kaw4lan ser4ngga.

“Semua inisiatif ini disediakan di bawah program peningkatan hasil padi Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Izham berkata, Kerajaan Negeri turut memberi bantuan variati benih padi yang sah iaitu MR219.

“Antara punca padi bermasalah ialah disebabkan benih padi tak sama walaupun ditanam di kawasan berdekatan.

“Ini menyebabkan masalah pada kualiti padi. Oleh itu, kita telah beri benih kepada 22 blok membabitkan seramai 878 pesawah di dua mukim (Sungai Panjang dan Bagan Terap),” katanya.

Sumber : hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *