Info

Otai Hazeman@Uncle man pakai “duit sendiri” untuk bergelar juara.

Kuala Lumpur: Jika menyebut beberapa nama besar dalam industri perm0toran negara seperti bekas pelumba MotoGP negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini dan pelumba Moto2, Hafizh Syahrin sudah pasti ramai yang mengenali berdasarkan pembabitan dan kejayaan mereka di pentas antarab4ngsa.

Namun, ramai yang tidak menyedari sebenarnya bukan itu saja nama yang pernah menempa di peringkat antarabangsa kerana Mal4ysia mempunyai ramai lagi pelumba MotoGP yang boleh dianggap ‘otai’ dalam arena perm0toran sejak zaman 1970-an lagi.

Walaupun mereka tidak dikenali, namun kejayaan yang pernah dikecapi bukanlah ‘biasa-biasa’ apabila mampu menaiki podium walaupun terp4ksa menggunakan wang sendiri untuk menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa.

Antara pelumba berkenaan adalah Hazeman Abd Aziz, 65, apabila dikatakan antara individu pertama menyertai kejohanan MotoGP pada era 70-an.

Hazeman yang dianggap sebagai pelumba licik ketika itu mula menyertai MotoGP pada Oktober 1976 sebelum dua tahun kemudian menyertai kejohanan sama di India dan dinobatkan sebagai juara.

Beliau yang menetap di Taman Seputeh, di sini, berkata, minat yang mendalam dalam sukan permotoran menyebabkannya mengambil keputusan untuk terbabit secara serius walaupun terp4ksa berk0rban apa saja supaya dapat merealisasikan impian menyertai kejohanan di peringkat antarab4ngsa.

Katanya, empat tahun terbabit dalam sukan perm0toran dia sudah berjaya meraih beberapa kejayaan antaranya tempat pertama di Mal4ysia GP 1979, naib juara Selangor GP 1979 dan ketiga di India GP 1976.

“Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya Mal4ysia sudah mempunyai wakil di pentas kejohanan MotoGP sejak zaman 70-an lagi dan kita mampu bersa!ng dengan pelumba ternama lain.

“Pada waktu itu, bukan mudah untuk mendapat penaja malah terp4ksa menggunakan du!t simpanan sendiri supaya dapat menyertai kejohanan di peringkat antarab4ngsa.

“Saya mula menyertai kejohanan pada usia 19 tahun dan menggunakan motosikal Yamaha selain turut mempunyai beberapa kru sendiri bagi memastikan jentera tidak berhadapan sebarang mas4lah,” katanya yang mempunyai 10 anak dan 11 cucu.

Selain itu, Hazeman atau lebih mesra dengan panggilan ‘Uncle Man’ berkata, secara keseluruhan beliau sudah menyertai lebih 12 kejohanan MotoGP sebelum mengambil keputusan bersara bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.

“Saya memahami situasi yang dihadapi pelumba negara ketika ini kerana bukan mudah untuk mengekalkan momentum atau prestasi kerana perlu memikirkan banyak faktor terutama kemampuan jentera.

“Apa yang boleh saya katakan, mereka perlu sentiasa berusaha untuk merebut slot dalam pasukan kerana tempat begitu terhad terutama perlu bersaing dengan pelumba berbakat lain.

“Perkara penting adalah perlu ingat kita membawa nama Mal4ysia di pentas antarabangsa dan berlumbalah sepenuh hati demi tanah air,” katanya.

Sumber : hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *